MotoGP San Marino: Hafizh Bermula Di Petak Ke-25

Diterbitkan: Ahad, 14 September 2014 8:18 AM

(Ubah saiz teks)

SAN MARINO (Itali): Pelumba muda negara Hafizh SyahrinAbdullah hanya mampu mencatat masa ke-25 terpantas dalam sesi kelayakan Moto2 menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix San Marino di Litar Misano, pada Ahad.

Selepas muncul pelumba ketiga terpantas dalam dua sesi latihan bebas dalam keadaan hujan semalam, pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu hanya mampu melakarkan masa satu minit 39:670s pada pusingan kelayakan, Sabtu.

"Saya agak kecewa kerana pada hari kedua kami di sini, ia tidak hujan tetapi ada masalah sedikit dengan sistem suspensi bahagian depan jentera sehingga menjejaskan cengkaman dan melakukan brek dengan tepat.

"Keadaan ini tidak membantu saya mengambil selekoh dengan sebaiknya...lagipun litar ini bukan mudah dan menjadi seolah-olah gelanggang sendiri buat ramai pelumba Itali dan Sepanyol," katanya.

Walaupun mencapai keputusan hambar, katanya beliau mahu mengekalkan fokus untuk merapatkan saingan dengan pelumba lain dan menamatkan perlumbaan pada kedudukan yang lebih baik.

Seorang lagi pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman, mewakili pasukan Idemitsu Honda Team Asia, akan memulakan saingan di petak ke-27 selepas merakamkan masa 1:39.832s.

Pelumba Finland, Mika Kallio dari pasukan Marc VDS Racing Team, akan memulakan perlumbaan di petak pertama apabila mencatatkan masa terpantas1:38:043s, diikuti rakan sepasukan dari Sepanyol, Esteve Rabat di petak keduadengan masa 1:38.110s.

Petak ketiga menjadi milik pelumba Switzerland, Thomas Luthi daripada pasukan Interwetten Paddock, dengan catatan masa 1:38:114s.

Dalam kategori Moto3, pelumba negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin dari Ongetta-AirAsia, akan bermula dari petak ke-18 selepas mencatatkan masa terpantas 1:44.281s.

Rakan senegara Amirul Hafiz Azmi daripada pasukan SIC-AJO hanya mampu mencatatkan masa 1:46.065s untuk petak ke-32 daripada 35 pelumba dalam kategori tersebut.

Tags / Kata Kunci: motoGP , hafizh syahrin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan