MotoGP San Marino: Hafizh Pamer Aksi Mantap Pada Sesi Latihan

Diterbitkan: Sabtu, 13 September 2014 8:10 AM

(Ubah saiz teks)

RIMINI (Itali): Meskipun keadaan hujan, pelumba muda negara Hafizh Syahrin hari INI telah melengkapkan dua latihan bebas dengan jayanya menjelang pusingan kelayakan MotoGP Grand Prix San Marino di Litar Misano pada Sabtu.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia itu memberi cabaran kepada pelumba lain dalam menyesuaikan diri pada litar basah dengan menyaksikan ramai pelumba mula hilang kawalan.

Kesemua pelumba terpaksa mengharungi sesi latihan bebas pertama dalam hujan sebelum hujan berhenti sebaik sahaja bermula sesi kedua.

"Saya terkejut untuk merakamkan catatan masa sepusingan dan akan memberi fokus pada hari kelayakan dan perlumbaan. Saya kini lebih yakin bagi menghadapi saingan kali ini.

"Saya lebih berhati-hati dalam keadaan hujan dan berjaya mengekalkan rentak selepas terbabas dalam keadaan sama di Litar Sepang dua tahun lepas dan di Litar Catalunya (Sepanyol) tahun lepas," katanya.

Mengulas prestasi motosikalnya, Hafizh Syahrin berkata beliau amat berpuas hati dengan kawalan jenteranya yang lebih pantas dan pasukannya akan menggunakan spesifikasi yang sama pada perlumbaan akan datang.

Pada sesi latihan itu, Hafizh Syahrin mencatatkan masa terbaik 1:53:064spada pusingan ke-22 pada sesi kedua, sekali gus menjadi pelumba ketiga pantas dengan mengatasi nama-nama besar seperti Mika Kallio, Esteve Rabat dan Dominique Aegerter.

Hafiz Syahrin berkata keputusan itu telah menyuntik semangat beliau untuk memburu kedudukan 20 tempat terbaik di petak permulaan pada hari perlumbaan Ahad ini.

Pengurus pasukan, Barry Leong berkata pasukannya telah mengenal pasti beberapa penambaikan dan akan mengambil langkah sewajarnya pada sesi latihan pagi Sabtu dan pusingan kelayakan pada sebelah petang.

Selain Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia lain dalam perlumbaan tersebut ialah Azlan Shah Kamaruzaman bagi pasukan Idemitsu Honda Team Asia, Muhammad Zulfahmi Khairuddin (Ongetta-AirAsia) dan penunggang pasukan SIC-AJO, Amirul Hafiz Azmi.

Tags / Kata Kunci: motogp , San Marino , Hafizh Syahrin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan