Michael Schumacher Keluar Dari Hospital - F1 dan Motor | mStar

Michael Schumacher Keluar Dari Hospital

Diterbitkan: Rabu, 10 September 2014 7:23 AM

Michael Schumacher. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LEGENDA Formula Satu (F1), Michael Schumacher dibenarkan keluar dari hospital di Switzerland selepas sembilan bulan terlibat dalam kemalangan ketika meluncur salji pada Disember lalu.

Keluarganya dalam satu kenyataan mengesahkan perkara berkenaan bahawa pelumba berusia 45 tahun itu akan pulang ke rumahnya untuk meneruskan rawatan.

Beliau dirawat di hospital di Grenoble sejak insiden Schumacher terhentak pada batu ketika meluncur salji di Meribel pada akhir tahun lalu.

"Memandangkan kecederaan teruk yang dialaminya, terdapat perkembangan sejak berminggu-minggu dan berbulan-bulan lalu.

"Bagaimanapun, rawatan masih perlu dilakukan dan banyak cabaran perlu dilalui," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut mengulangi permintaan keluarga untuk diberikan privasi dan menambah bahawa "langkah (keluar dari hospital) tidak seharusnya dianggap sebagai perubahan besar kepada tahap kesihatannya." 



iklan

Kolumnis

iklan

Iklan