Rosberg Terpantas Sesi Latihan Bebas Kedua GP Itali - F1 dan Motor | mStar

Rosberg Terpantas Sesi Latihan Bebas Kedua GP Itali

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 7:06 AM

Rosberg mencatatkan masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua, malam Jumaat.

(Ubah saiz teks)

MONZA: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Nico Rosberg mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan bebas kedua, Grand Prix Itali, di sini, malam Jumaat.

Rekod terpantas itu turut mengatasi rakan sepasukan Mercedes dan pencabarnya, Lewis Hamilton.

Rosberg menamatkan sesi latihan itu dengan catatan terbaik, satu minit 26.225 saat.

Dalam sesi latihan 90 minit itu jentera Hamilton turut mengalami masalah elektrik.

Hamilton yang mengejar masa untuk catatan terbaik, selepas kerja pembaikan pada sensor, sekadar menamatkan perlumbaan sesi latihan itu dengan 0.061 saat di belakang Rosberg.

Rosberg kini mendahului 29 mata dalam kategori pemandu ketika ini.

Sementara itu, pemandu dari Finland, Kimi Raikkonen muncul ketiga terpantas mengatasi rakan sepasukan Ferrari, Fernando Alonso.
Tags / Kata Kunci: GP Itali , Nico Rosberg
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan