Kanak-Kanak 8 Tahun Tulis Buku Untuk Schumacher

Diterbitkan: Sabtu, 6 September 2014 3:14 PM

(Ubah saiz teks)

KANAK-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menulis buku mengenai heronya, Michael Schumacher menerima surat istimewa daripada keluarga legenda Formula Satu itu.

Aidin Gormley dari Ulster (Ireland) menulis sebuah buku bertajuk 'Ferrari Adventure' sebagai penghormatan kepada Schumacher.

Gormley menerima maklum balas positif daripada isteri bekas juara F1 tujuh kali itu, Corinna.

Walaupun baharu berusia lapan tahun, Gormley menghantar buku tersebut kepada pelumba berusia 45 tahun itu yang kini sedang berjuang untuk sedar selepas hampir enam bulan berada dalam 'rawatan memujuk' daripada koma.



Semua keluarga Schumacher terharu dengan usaha kanak-kanak ini yang akan menyerahkan wang hasil jualan buku ke tabung kebajikan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas ucapan dan hadiah bermakna, yang mana ia boleh membantu kami untuk terus mengharungi situasi sukar ini," ujar Corinna dalam Daily Express.

"Satu perasaan yang positif apabila menerima banyak ucapan yang baik-baik daripada kawan-kawan, dan ia sangat bermakna."

Tambah Corinna: "Michael merupakan seorang pejuang dan dia tidak akan berputus asa."

Kata Corinna lagi, amat penting bagi seluruh keluarganya menerima sokongan daripada orang ramai, dan Gormley menerima surat istimewa sebagai penghargaan.

Dalam buku tersebut, Gormley menceritakan seorang lelaki muda fanatik terhadap kereta dipanggil Johnny, yang keluar mengharungi cabaran dengan Ferrarinya.

"Kesukaan Johnny adalah bermain dengan kereta laju. Saya berpeluang masuk ke dalam kereta Ferrari pada pelancaran buku ini. Ia sangat kelas.

"Kawan saya ada memberitahu bahawa saya adalah orang pertama dalam Keluarga Holy yang menerbitkan buku dan guru saya berkata sangat bagus.

"Saya sangat bangga menerima surat daripada isteri Michael. Saya harap dia akan pulih sepenuhnya."

Sementara itu, penerbit buku Emain Publications, Shauna Dunlop berkata: "Aidan merupakan inspirasi sebenar dan saya pasti ia mampu memberi ilham kepada semua keluarga tempatan dan pengarang muda lain untuk melihat 'Ferrari Adventure'."

Corinna berada di sisi Michael beberapa jam sehari sambil membaca buku dan laporan akhbar.

Schumacher dikatakan sudah sedikit memberi tindak balas pada Jun lalu ketika berpindah ke klinik pemulihan Lausanne dan dilaporkan masih belum boleh bergerak dan bercakap.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan