Nasib Zulfahmi Akan Diputuskan Bulan Depan - Razlan

Diterbitkan: Jumaat, 5 September 2014 10:00 AM

Zulfahmi Khairuddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Nasib pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin meneruskan saingan pada perlumbaan MotoGP Dunia musim tahun depan akan diketahui bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.

Masa depan penunggang itu menjadi tanda tanya berikutan prestasi pelumba itu kurang konsisten sepanjang musim ini apabila hanya menduduki tangga ke-21 daripada 27 pelumba selepas 12 perlumbaan.

Bagaimanapun, Razlan berkata pihaknya masih positif dengan prestasi Zulfahmi dan menyifatkan kariernya dalam sukan permotoran masih cerah.

Walaupun SIC akan terus membantu Zulfahmi dalam sukan permotoran, namun katanya perlumba itu perlu berusaha meningkatkan prestasinya dalam baki enam perlumbaan musim ini.

"Beliau masih pelumba terbaik yang kita ada...jadi saya gunakan rekod pencapaiannya untuk menentukan masa depan beliau tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penganjuran perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2014 di Soju, Sunway, di sini, Jumaat.

MotoGP GP Malaysia 2014, iaitu perlumbaan ke-17 musim ini, akan berlangsung di Litar Sepang, dari 24 hingga 26 Oktober ini.

Razlan berkata tiga pelumba Moto3 negara iaitu Zulfahmi, Amirul Hafiq Azmi dan Hafiza Rofa (wildcard) serta dua pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan Azlan Shah Kamaruzaman bakal menjadi tumpuan utama pada perlumbaan tersebut.

Sementara itu, Zulfahmi, ketika ditemui pada majlis itu, berkata beliau tekad melakukan aksi terbaik terutamanya ketika beraksi di hadapan peminat tempatan di Litar Sepang.

Mengulas tentang prestasinya pada musim ini, katanya beliau memerlukan kerjasama daripada pasukannya untuk memperbaiki kelemahan dalam baki perlumbaan musim ini.

Tags / Kata Kunci: Zulfahmi Khairuddin , Moto3

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan