Kontroversi Lagi: Hamilton Tuduh Rosberg Sengaja Langgar Keretanya

Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 3:17 PM

Insiden yang mencetuskan kontroversi apabila Nico Rosberg melanggar rakan sepasukannya, Lewis Hamilton dari belakang di lap kedua GP Belgium, pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KONTROVERSI di antara Lewis Hamilton dan Nico Rosberg kini muncul kembali selepas Hamilton mendakwa yang rakan sepasukannya itu dengan segaja melanggar keretanya pada GP Belgium, Ahad, sehingga menyebabkan dia terkeluar dari perlumbaan.

Kedua-dua pemandu pasukan Mercedes-Petronas itu berlanggar pada lap kedua — yang menyaksikan kereta yang dipandu Rosberg melanggar kereta Hamilton di bahagian belakang sekaligus menyebabkan tayar belakang kirinya pancit.

Kerosakan pada kereta Hamilton memaksanya melupakan perlumbaan tersebut pada lap ke-39.

Hamilton yang selepas itu pergi berdepan dengan Rosberg berkata: "Dia melakukannya dengan segaja. Dia kata dia boleh mengelak kemalangan itu tetapi dia tetap melakukannya untuk membuktikan sesuatu. Dia menegaskan ini semua salah saya."

Walaupun sayap pada muncung hadapan kereta Rosberg patah tetapi dia berjaya kembali ke pit bagi membolehkan para mekanik mengantikan bahagian yang rosak itu dengan yang baru dan meneruskan perlumbaan dan berakhir di tempat kedua sedangkan Hamilton tidak dapat berbuat demikian kerana kerosakan teruk pada kenderaannya.

Perlumbaan itu dijuarai oleh pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo.

Dengan kejayaan Rosberg menaiki podium dan kegagalan Hamilton meneruskan perlumbaan telah membolehkan pemandu Jerman itu mendahului rakan sepasukannya dengan 29 mata dengan hanya baki tujuh perlumbaan lagi untuk dihabiskan.

Insiden itu kemudiannya disusuli dengan perbalahan yang panas di antara kedua-dua pemandu tersebut dan CEO Mercedes Motorsport,Toto Wolff, Pengarah Eksekutif Teknikal, Paddy Lowe serta Pengerusi Mercedes Motorsport, Niki Lauda.

Menurut Hamilton, Toto, Paddy dan kesemua eksekutif yang hadir dalam pertemuan itu turut menyatakan rasa tidak gembira mereka dengan apa yang telah dilakukan oleh Rosberg.

KEDUDUKAN LIMA PEMANDU TERATAS SELEPAS GP BELGIUM:

1. Nico Rosberg - 220 mata

2. Lewis Hamilton - 191

3. Daniel Ricciardo - 156

4. Fernando Alonso - 121

5. Valterri Bottas - 110

"Saya tidak tahu kenapa dia melanggar kereta saya. Tapi yang pasti dia akan gembira dengan kejadian ini. Dan kita semua tahu bukan senang untuk mengejar jarak 30 mata dengan baki perlumbaan hanya tinggal tujuh sahaja lagi," ujar Hamilton.

Niki Lauda tanpa ragu-ragu menyatakan simpatinya kepada Hamilton.

"Saya bersimpati dengannya (Hamilton). Adalah jelas Lewis sedang berada di hadapan tetapi kenapa ia berlaku pada lap kedua. Kita faham jika insiden ini berlaku di pusingan akhir perlumbaan tapi bukan di lap kedua," kata Lauda.

Kemalangan itu, katanya bukan sahaja telah menjejaskan pungutan mata untuk pasukan Mercedes tetapi juga kepada Hamilton.

Lauda menegaskan yang pasukannya akan mengadakan perbincangan tentang insiden ini.

Sentimen tersebut turut dikongsi oleh Wolff yang menegaskan ia tidak dapat diterima sama sekali.

"Kedua-dua pemandu kami bertembung di lap kedua...sukar untuk dipercayai.

"Dalam mana-mana pasukan pun terdapat satu peraturan wajib iaitu pemandu sepasukan tidak bertembung dan berlanggar di antara satu sama lain. Tetapi kejadian ini berlaku kepada kami pada lap kedua," tegas Wolff.

Rosberg yang kemudiannya ditanya mengenai komen yang telah dibuat oleh Lauda dan Wolff berkata: "Saya tidak tahu menahu mengenai komen yang mereka buat tetapi jika benar itulah apa yang mereka katakan, saya sama sekali menghormati pandangan mereka."

"Apa yang boleh saya katakan ialah, saya memandu dengan agak laju pada lap kedua dan kemalangan itu berlaku," katanya.

Tetang insiden dia diejek ketika menaiki podium untuk menerima piala bagi tempat kedua, Rosberg menegaskan: "Saya menghormati apa yang terlintas di fikiran para penonton dari Britain. Mereka sudah tentunya tidak gembira dengan apa yang berlaku. Itu amat jelas."

Rosberg bagaimanapun yakin, masih terdapat harmoni di dalam pasukan mereka di sebalik apa yang berlaku itu walaupun dia sendiri mengaku, suasana tegang akan sentiasa muncul sepanjang musim perlumbaan.

"Insiden seperti ini akan berlaku tetapi sepertimana yang pernah berlaku di Hungary, selepas itu kami kembali ok," ujarnya.

Dalam kejadian di GP Hungary, Hamilton telah diarahkan memberi laluan kepada Rosberg untuk memotongnya tetapi Hamilton enggan mematuhi arahan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan