Hafizh Raih Petak Ke-21 Sesi Kelayakan Di Republik Czech

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 3:06 PM

Hafizh Syahrin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penunggang Petronas Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mencatat pencapaian baharu dengan memulakan perlumbaan di petak ke-21 dalam sesi kelayakan di Litar Borneo di Republik Czech pada Ahad.


Walaupun kedudukan Hafizh dari segi mata mugkin tidak berubah, namun pujian patut diberi kepadanya kerana berjaya menambah masa terbaiknya hampir 0.8 saat.

Hafizh berkata, keputusan itu merupakan satu anjakan besar baginya dalam kelas Moto2 untuk meningkatkan peluangnya menambah beberapa lagi mata pada hari perlumbaan.

"Saya berasa sungguh lega sekarang kerana motosikal saya mampu beraksi jauh lebih baik dan memudahkan saya mengambil selekoh. Apa yang sepatutnya saya lakukan ialah memecut lebih laju ketika cuaca lebih panas pada permulaan sesi memandangkan saya hanya mencatat masa terpantas dalam pusingan ke-17 daripada 18 pusingan.

"Keadaan cuaca lebih sejuk menjelang akhir sesi, begitu juga suhu tarmak dan daya cengkaman juga berkurangan. Bagaimanapun, saya gembira kami menemui jalannya dan saya yakin perlumbaan esok adalah sesuatu yang menarik bagi kami," katanya.

Hafizh mencatat masa terpantasnya, 2 minit dan 03.548 saat pada pusingan kelayakan itu.

Hafizh, yang juga dikenali sebagai 'Pescao', mencatat prestasi cemerlang bersama Red Bull dengan menduduki tempat ketujuh setelah memulakan perlumbaan di petak ke-20 di Grand Prix Indianapolis minggu lepas.

Penunggang Marc VDS Racing Team Esteve Rabat dari Sepanyol akan memulakan perlumbaan di petak pertama setelah mencatat masa terpantas 2:01.911s.

Penunggang pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing dari Switzerland Thomas Luthi akan memulakan perlumbaan di petak kedua setelah mencatat masa 2:02.143s, manakala penunggang Dynavolt Intact GP Sandro Cortese memulakan perlumbaan di petak ketiga setelah mencatat masa 2:02.307s.

Sementara itu, penunggang Moto3 Muhammad Zulfahmi Khairuddin, yang mewakili Ongetta-AirAsia, akan memulakan perlumbaan di petak ke-22 setelah mencatat masa 2:09.435s.

Seorang lagi penunggang Moto3 kebangsaan Amirul Hafiq Azmi daripada Team SIC-AJO mendapat petak ke-24 setelah mencatat masa 2:09.493s.


iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan