Saingan ADC Guna Jentera Baharu CBR250R 2014

Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 4:40 PM

BArisan pelumba-pelumba ADC 2014.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saingan Asia Dream Cup (ADC) yang akan berlangsung pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) 2014 menyaksikan para pelumba bakal tampil dengan beberapa perubahan termasuk menggunakan jentera baharu model 2014 di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun pada 15 hingga 17 Ogos ini.

Selain daripada perubahan melibatkan penggunaan keseluruhan litar sewaktu perlumbaan yang diumumkan sebelum ini, 18 pelumba bakal menggunakan jentera CBR250R 2014 buat pertama kali dalam saingan ADC pada musim ini bagi menggantikan jentera model sebelumnya.

Meskipun begitu, pertukaran jentera ini dijangkakan tidak membawa perubahan besar terhadap persaingan sengit memburu gelaran juara memandangkan sebahagian besar pelumba berpengalaman telah pun menggunakan jentera tersebut ketika beraksi dalam saingan Suzuka 2-Hour Asia Dream Endurance di Litar Suzuka, Jepun, Jun lepas kecuali pelumba Sri Lanka, Shoel Danial dan pelumba Filipina, Koko Tadachi yang tidak beraksi dalam perlumbaan tersebut.

"Beberapa perubahan dari segi mekanikal dan kosmetik luaran jentera CBR250R 2014 ini telah dipertingkatkan dan diperbaharui," jelas Ahmad Farhan Othman yang merupakan jurutera kepada pendahulu keseluruhan, Khairul Idham Pawi.

Ahmad Farhan yang bersama Khairul Idham sewaktu beraksi di Suzuka 2 Hour Endurance berkata: "Secara keseluruhan, kedua-dua jentera ini tidak banyak berbeza. Jadi tugas kami untuk melakukan pelarasan jentera menjadi mudah dan data daripada musim lepas juga masih boleh digunakan. Malah, pelumba-pelumba yang beraksi di Suzuka sebelum ini banyak memberi maklum balas positif terhadap jentera ini.

"Kami pasti pertukaran jentera ini dapat menjadikan perlumbaan kali ini lebih menarik dan sengit".

Selepas dua pusingan, Khairul Idham yang meraih tiga gelaran juara dalam empat perlumbaan mendahului senarai keseluruhan dengan 95 mata, 30 mata mengatasi pelumba Jepun, Teppei Nagoe di tangga kedua dengan 65 mata.

Pelumba Indonesia, Aditya Pangestu di kedudukan ketiga dengan 59 mata.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan