ARRC: Underbone 130, ADC Guna Litar Penuh

Diterbitkan: Jumaat, 8 Ogos 2014 4:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang kembali menemui peminat-peminat sukan permotoran di rantau Asia menyaksikan sedikit perubahan dilakukan apabila kategori Underbone 130cc dan Asia Dream Cup (ADC) bakal menggunakan keseluruhan panjang litar pada perlumbaan pusingan ketiga di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun pada 15 hingga 17 Ogos ini.

Keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama diantara promoter kejuaraan, Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR), pemilik dan juga pengurus-pengurus pasukan yang diadakan sewaktu pusingan kedua di Indonesia, Julai lepas.

Selain pusingan ketiga di Autopolis, perubahan turut dilakukan pada saingan pusingan keempat di Litar Suzuka, Jepun pada 5 hingga 7 September depan.

“Sejak beberapa musim lepas, kategori ini hanya menggunakan sebahagian daripada panjang keseluruhan litar, namun tahun ini kami memutuskan dimana kategori Underbone 130cc dan ADC  juga akan menggunakan keseluruhan panjang litar, sama sepertimana saingan kategori SuperSports 600cc,” jelas Pengarah Promosi TWMR, Ron Hogg.

“Semua pihak yang terlibat percaya perubahan ini memberi banyak faedah kepada pelumba di mana mereka mempunyai lebih banyak peluang dan ruang untuk memintas selain menjadikan perlumbaan berlangsung lebih sengit.

"Pada masa sama ia dapat menambahkan debaran dan keseronokan kepada penonton-penonton khususnya yang menyaksikan siaran langsung perlumbaan di televisyen,” tambahnya.

Sepanjang beberapa musim lepas, kategori Underbone 130cc dan ADC hanya menggunakan laluan sepanjang 3.717 kilometer litar yang mempunyai 12 selekoh untuk satu pusingan perlumbaan namun pada tahun ini keseluruhan 4.673 kilometer litar yang mengandungi 19 selekoh bakal digunakan oleh pelumba-pelumba dalam kategori tersebut.

Sementara di litar Suzuka, kesemua pelumba akan menggunakan keseluruhan litar sepanjang 5.821 kilometer yang mengandungi 17 selekoh berbanding litar ‘Suzuka Timur’ sepanjang 2.243 kilometer pada musim lepas.

Jumlah keseluruhan pusingan perlumbaan pula akan ditentukan mengikut kesesuaian kapasiti maksimum jentera bagi setiap kategori.

Tags / Kata Kunci: ARRC , Underbone , ADC , Autopolis

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan