Cub Prix: Kluang Dipilih Jadi Tuan Rumah Pusingan Keenam

Diterbitkan: Selasa, 5 Ogos 2014 5:19 PM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS berehat panjang sempena bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, saingan baki separuh musim Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas bakal kembali menghangatkan sukan permotoran tanah air dengan menyaksikan Kluang, Johor bakal menjadi hos bagi pusingan keenam menggantikan venue asal, Teluk Intan, Perak yang akan berlangsung pada 23 dan 24 Ogos ini.

Pertukaran ini dilakukan bagi menghormati tempoh 100 hari berkabung di negeri Perak berikutan kemangkatan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei lepas namun Teluk Intan bakal menjadi hos bagi pusingan ketujuh yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 September depan.

"Negeri Perak masih dalam tempoh 100 hari berkabung berikutan kemangkatan Sultan mereka sebelum ini, jadi kami memutuskan untuk menukar venue perlumbaan dan memilih Kluang sebagai hos pusingan keenam Kejuaraan Cub Prix. 

"Semua rakan-rakan penaja, pasukan dan pelumba telah diberitahu tentang perubahan ini manakala Teluk Intan bakal menjadi hos bagi pusingan ketujuh yang dijadualkan pada penghujung September nanti selepas tamatnya tempoh 100 hari berkabung," jelas Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg.

Setakat lima pusingan lepas, Mohd Zaqhwan Zaidi mendahului senarai pungutan mata kelas CP130 dengan mengumpul 100 mata, hasil empat kemenangan dari lima perlumbaan, 27 mata mendahului pelumba rookie, Ahmad Afif Amran dan pelumba senior, Norizman Ismail mengekori di belakang, masing-masing terikat dengan 73 mata.

Turut memberikan cabaran, Mohd Affendi Rosli dan Ahmad Fazli Sham yang berada di kedudukan keempat dan kelima dengan 63 mata dan 53 mata.

Sementara itu, Zaidy Mohd Zaifaizal mengungguli kedudukan pelumba CP115 dengan mengumpul 103 mata mengatasi dua rakan sepasukan Mohd Izzat Zaidi Salehan dan Tengku Amirul Haffirudin. 

Mohd Izzat di kedudukan kedua dengan 87 mata manakala Tengku Amirul ketiga dengan 75 mata.

Tags / Kata Kunci: cub prix , pusingan enam , kluang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan