Hamilton Runding Dengan Mercedes Lanjutan Kontrak Bernilai £70 Juta

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 4:54 PM

(Ubah saiz teks)

WALAUPUN bekas juara dunia, Lewis Hamilton berwajah masam dan suram sejak akhir-akhir ini setiap kali rakan sepasukannya, Nico Rosberg muncul di atas pentas mendahuluinya mengambil trofi kemenangan, tetapi dia dikatakan telah memulakan rundingan dengan pasukan Mercedes-Petronas untuk memperbaharui kontraknya selama tiga tahun lagi.

Menurut akhbar Britain, The Mirror, kontrak baru itu bernilai £70 juta.

Rundingan yang sedang berjalan itu didedahkan sendiri oleh bos Mercedes,  Toto Wolff.

Kontrak Hamilton sekarang yang bermula pada 2013 hanya akan tamat 18 bulan lagi tetapi pihak pengeluar enggan mengambil sebarang risiko kehilangannya ekoran perhubungan dinginnya dengan Nico.

Buat masa ini, Hamilton adalah pemandu F1 yang menerima bayaran kedua tertinggi hanya di belakang Fernando Alonso yang memandu kereta Ferrari.

Menurut The Mirror, kontrak terbaru ini bernilai £23 juta setahun berbanding £19 juta setahun yang diterimanya sekarang.

Hanya seminggu yang lalu Mercedes berjaya mengikat Nico Rosberg sehingga ke tahun 2016 dengan kadar bayaran yang tinggi.

"Lewis adalah figura penting dan deposit tetap pasukan Mercedes untuk satu jangka masa yang panjang,"kata Wolff lagi.

Kerjasama Hamilton dan Mercedes bermula sejak pemandu British itu berusia 13 tahun lagi menerusi pasukan McLaren.

Di bawah gandingan Hamilton-Rosberg, Mercedes-Petronas telah memenangi sembilan daripada 10 perlumbaan tahun ini.

Di GP Jerman hujung minggu lalu, Hamilton menduduki tempat ketiga selepas bermula dari petak ke-20 manakala Rosberg muncul buat pertama kali sebagai juara di negaranya sendiri. Ia juga adalah kemenangan yang pertama buat Mercedes di tempat sendiri selepas lebih sedekad.

Hamilton kini telah memenangi lima perlumbaan manakala Rosberg pula empat. 

Rosberg kini mendahului pungutan mata dengan kelebihan 14 mata di hadapan Hamilton.

Perlumbaan seterusnya ialah di GP Hungary, Ahad ini.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan