Adam Catat keputusan Positif Aksi FIM CEV Repsol

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 4:06 PM

Adam (no 7) bersaing ketika aksi di Albacete, Ahad.

(Ubah saiz teks)

DUA pelumba muda negara yang beraksi dengan pasukan SIC-Ajo mencatat keputusan memberangsangkan pada perlumbaan FIM CEV Repsol Moto3 di Albacete, Sepanyol, lewat Ahad malam.

Adam Norrodin menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18 manakala Hafiza Rofa di tangga ke-25.

Adam memulakan perlumbaan di petak ke-27 ini berjaya mencatat keputusan yang sama ketika berluma di Le Mans sebelum ini.

Dengan keadaan litar yang licin dan kotor, Adam konsisten mengekalkan kedudukan terbaiknya itu sehingga tamat saingan.

Manakala Hafiza mencatat keputusan positif dengan menguasai kedudukan di tempat ke-25 biarpun hanya memulakan perlumbaan di petak ke-31 selepas gagal menamatkan aksi pada saingan di Catalonia sebelum ini.

Perlumbaan seterusnya akan berlangsung pada awal September ini di Navarra.

"Saya sangat gembira dengan keputusan ini dan yakin akan mampu melakukan yang lebih baik.

"Pasukan kami melalui minggu yang sukar dan saya yakin kami dapat atasinya.

"Banyak perkara yang saya pelajari di sini, terutama mengenai keadaan litar," jelas Adam.

Manakala Hafiza berkata:"Saya membuat permulaan yang baik dan berjaya mengubah kedudukan. Sebelum ini saya agak perlahan.

"Saya akan cuba mencari kedudukan yang lebih baik lagi selepas ini".

Keputusan perlumbaan: 

1. Jorge Navarro (IODA-Honda) 29:57,721 

2. Fabio Quartararo (Honda) 10246 

3. Remy Gardner (KTM) 15698 

4. Stefano Manzi (Mahindra) 15722 

5. Andrea Migno (Kalex) 15788 

18. Adam Norrodin (SIC-Ajo) 34038 

25. Hafiza Rofa (SIC-Ajo) 5495

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan