Tony Fernandes Jual Caterham, Tinggalkan F1

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 5:07 PM

Tony Fernandes

(Ubah saiz teks)

LONDON: Usahawan penerbangan Malaysia Tony Fernandes mengakhiri penglibatannya dalam dunia Formula Satu pada Rabu dalam keadaan tidak menggembirakan apabila beliau mengambil keputusan menjual pasukan Caterham yang diperjuangkan selama ini kepada kumpulan pelabur Swiss dan Timur Tengah bersama-sama dengan bekas pemandunya, Christijan Albers.

Pasukan itu dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan perlumbaan sebagai pasukan Caterham, dari kilang sedia ada di Leafield yang terletak di tengah England, dalam masa terdekat.

Albers, yang merupakan pemandu bersara dari Belanda, yang bertanding dalam 46 kejohanan grand prix bersama antara pasukan tercorot antara tahun 2005 dan 2007 ini akan mengambil alih pengurusan harian pasukan dengan bantuan Manfredi Ravetto.

Albers menggantikan Cyril Abiteboul, yang dilantik sebagai prinsipal pasukan oleh Fernandes pada akhir tahun 2012 apabila bos AirAsia ini memutuskan untuk melangkah ke belakang dan memberi tumpuan kepada perniagaan lain.

Menurut Caterham, Colin Kolles, yang pernah menjadi prinsipal kepada Albers ketika pemandu dari Belanda itu memandu untuk Midland dan Spyker yang kini telah menjadi pasukan Force India, telah memberi nasihat kepada konsortium itu.

Jualan itu berakhir dengan kos yang tinggi dan akhirnya menggagalkan Fernandes dalam bidang perlumbaan bermotor, yang mana beliau meletakkan kepentingan utama dalam bidang sukan yang semakin menjadi tumpuan iaitu kelab bola sepak miliknya, Queens Park Rangers.

Fernandes secara ketara menunjukkan ketidakhadirannya di trek perlumbaan pada tahun ini dan mengakhiri penglibatan dengan menutup akaun Twitternya minggu lepas dengan perkataan "F1 tidak menjadi".

Beliau memasuki bidang Formula Satu pada tahun 2010 dengan Lotus Racing, salah satu daripada tiga pasukan baharu.

Fernandes sukar menemui kejayaan di mana pasukannya telah menukar namanya kepada Team Lotus selepas tindakan pertikaian undang-undang dengan pengeluar kereta jenama itu dan kemudian menukarnya menjadi Caterham.

Dalam empat setengah musim, mereka telah gagal untuk mendapatkan mata, menjadikan mereka satu-satunya pasukan di grid semasa yang kekal dengan keadaan itu, dan musim ini menyaksikan kereta mereka lebih tidak berdaya saing.

Marussia, yang memandu untuk Virgin Racing pada masa yang sama dan selesai di tempat ke-10, mendahului Caterham dalam perlumbaan tahun lepas, memungut dua mata di Monaco pada bulan Mei.

Fernandes telah memberi amaran sebelum musim bermula bahawa beliau telah hilang sabar dan keputusannya untuk menjual pasukan ini menunjukkan bahawa ia bukan ancaman kosong.

Beliau juga telah mengkritik kegagalan F1 memperkenalkan langkah-langkah pengurangan kos yang dituntut oleh pasukan-pasukan yang lebih kecil dan kurangnya kemajuan dalam mesyuarat baru-baru ini yang tidak akan dapat membantu. 

Pada bulan Januari, selepas mengumumkan pemandu Jepun, Kamui Kobayashi dan pemandu Sweden Marcus Ericsson sebagai pemandunya, beliau berkata F1 adalah sesuatu yang boleh diramalkan, terlalu mahal dan tidak cukup menarik dengan peluang yang tidak mencukupi untuk pasukan underdog membuat kejutan.
Tags / Kata Kunci: Caterham , Tony Fernandes

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan