Bos F1 Bernie Ecclestone Didakwa Beri Rasuah AS$44 Juta

Diterbitkan: Rabu, 14 Mei 2014 5:14 PM

Pemilik francais F1, Bernie Ecclestone

(Ubah saiz teks)

MUNICH: Seorang pegawai tinggi sebuah bank terkemuka di Eropah memberitahu mahkamah di sini bagaimana dia menerima wang rasuah berjumlah AS$44 juta daripada pemilik francais dan komersil Formula 1, Bernie Ecclestone sebagai upah agar dia membantu memudahkan satu urusan perniagaan berkaitan dengan kepentingan dalam sukan lumba tersebut.

Gerhard Gribkowsky, yang sudah pun dihukum bersalah kerana menerima suapan tersebut berkata yang dia dibayar jumlah itu bagi memastikan sebuah syarikat yang menjadi pilihan Ecclestone dapat membeli kepentingan dalam francais F1.

Ecclestone menafi memberi rasuah itu sebaliknya menegaskan yang dia menjadi mangsa peras ugut.

Jika didapati bersalah,  Ecclestone boleh berhadapan dengan hukuman 10 tahun penjara sekaligus menamatkan penglibatan dan pendominasian dalam sukan lumba tersebut.

Gribkowsky, yang menjadi saksi pendakwaan memberitahu mahkamah yang dia pertama kali dirapati oleh Ecclestone ketika di Singapura.

"Tiba-tiba saya dapati terdapat sebarang karot di hadapan saya. Sudah tentu saya menyambarnya," kata Gribkowsky.

Bagaimanapun Gribkowsky tidak menyatakan secara spesifik apa yang diharapkan dari pertolongan tersebut.

"Ketika itu ia masih samar-samar," jelasnya kepada mahkamah.

Gribkowsky adalah salah seorang anggota lembaga Bayern Landesbank.

Pihak pendakwaan mendakwa Ecclestone memberi suapan tersebut untuk memastikan sejumlah pegangan di dalam F1 dilepaskan ke tangan sebuah firma yang menjadi pilihannya.

Dengan berbuat demikian, Ecclestone akan dapat terus berkuasa di dalam urus tadbir Formula 1 dan juga hak-hak komersilnya, yuran siaran televisyen dan juga penajaan.

Ecclestone bagaimanapun berhujah yang bayaran tersebut bukannya satu suapan tetapi 'wang tutup mulut' setelah Gribkowsky memeras ugut untuk membuat dakwaan palsu ke atasnya berhubung status cukai pendapatannya kepada pihak berkuasa.

Jerman mempunyai undang-undang percukaian yang ketat di mana pada Mac lalu, pengerusi kelab bolasepak Jerman, Bayern Munich iaitu Uli Hoeness dihukum penjara tiga tahun setengah kerana cuba mengelak cukai.

Gribkowsky mengaku yang dia telah menyebarkan khabar angin mengenai Ecclestone tetapi menafikan sebarang penglibatan dalam memeras ugut Ecclestone.

"saya bukan seorang pemeras ugut yang jahat," katanya kepada mahkamah.

Ecclestone bertanggungjawab mentadbir sukan F1 selama lebih  40 tahun dan berjaya menjadikannya sebagai satu jenama global.


Tags / Kata Kunci: F1 , Bernie Ecclestone , Gerhard Gribkowsky

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan