F1: Malang Mengiringi Massa

Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 11:41 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA F1 Williams-Mercedes, Felipe Massa dari Brazil meluahkan kekecewaannya terhadap malang yang menimpa dalam perlumbaan musim ini.

Massa sehingga kini hanya mampu mengumpul 12 mata dan berjaya berada di kedudukan ketujuh paling tinnggi iaitu dalam GP Malaysia dan Bahrain.

Dalam pelumbaan F1 GP China baru-baru ini, Massa hanya mampu memberi saingan hingga pusingan ke-15 selepas terdapat kesilapan yang dilakukan pada tayar belakang jenteranya.

Tayar belakang jentera Massa dilaporkan telah dipasang secara salah sehingga menyebabkan dia terpaksa mengaku kalah sebelum perlumbaan tamat.

"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku (di China) dan saya juga kecewa dengan apa yang berlaku dalam banyak perlumbaan sebelum ini.

"Dalam perlumbaan pertama, seseorang (Kamui Kobayashi) telah membuatkan saya terkeluar dan kehilangan mata penting (di Bahrain). Ketika itu saya berjuang untuk berada di kedudukan keempat atau ketiga tetapi kehilangan mata yang dicari.

"Perlumbaan kali ini (di China) kesilapan kumpulan teknikal membuatkan saya kehilangan mata, walaupun saya  berasa semuanya berada dalam keadaan baik ketika memulakan perlumbaan tetapi tuah tidak bersama pada pertengahan saingan," luahnya.

Massa juga percaya gangguan tersebut telah merencatkan usahanya untuk memberi saingan  kepada pelumba lain yang sedang memungut mata.


Tags / Kata Kunci: Felipe Massa , Mercedes

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan