Jazeman Buka Aksi Pertama Musim 2014 di Litar Monza

Diterbitkan: Jumaat, 11 April 2014 12:56 PM

Jazeman akan memulakan aksi 2014 di Litar Monza hujung minggu ini.

(Ubah saiz teks)

PELUMBA negara, Jazeman Jaafar bakal beraksi pada cabaran pertama musim 2014 dalam Kejuaraan Siri Formula Renault 3.5 di Litar Monza, Itali hujung minggu ini.

Pelumba pasukan pasukan ISR ini telah menjalani sesi ujian rasmi di Motorland Aragon dan Jerez sebagai persediaan menghadapi persaingan dan catatan masa terpantas yang dirakamn Jazeman Jerez menjadi pemangkin untuk kerjasama baik antara dia dan pasukan barunya.

Pelumba Program Pembangunan Bakat PETRONAS itu kini fokus dalam menghadapi pusingan pembukaan di Monza, litar terpantas dalam siri kejuaraan itu. 

Siri FR 3.5 yang telah masuk musim kesepuluhnya merupakan kejuaraan yang mencabar yang menampilkan pelbagai muka baru mempamerkan bakat masing-masing. Bercakap mengenai harapannya di Monza, Jazeman berkata: "Saya cukup bersemangat untuk kembali berlumba terutamanya selepas cuti musim sejuk yang panjang. 

"Namun begitu, saya tidak memandang mudah saingan pembuka musim ini kerana saya menjangkakan ada lima atau enam pelumba yang agak pantas.

"Tambahan pula cuaca yang tidak menentu di Monza pasti memainkan peranan dalam menentu keputusan perlumbaan kelak dan kami akan menggunakan kompaun tayar yang berbeza berbanding musim lalu.

"Walau bagaimanpun, saya anggap persaingan tetap adil memandangkan semua pelumba terpaksa menghadapi semua aspek cabaran serupa.

"Ketika ini, sasaran utama saya adalah untuk menghabiskan perlumbaan sebagai pemenang ataupun di atas podium. Jika tidak, saya berharap untuk mengutip seberapa banyak mata kerana musim ini masih panjang dan setiap kutipan mata amat berharga." 

Pelumba muda itu turut mengakui dia kini mulai selesa dengan pasukan barunya, dengan matlamat dan tujuan yang sama, kini mulai sebati dengan ISR. 

Catatan masa yang kompetitif sewaktu sesi ujian menjadi pembakar semangat untuk kami menghadapi cabaran di Monza walaupun ini kali pertama saya beraksi di sana. 

“Persediaan kami juga lebih teratur berbanding tahun lepas dan tahap keyakinan saya juga lebih tinggi. Setahun di Siri Dunia mungkin antara faktor perkembangan positif saya tahun ini," tambah Jazeman.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan