Mohd Zaqhwan Juara Pusingan Pertama Cub Prix Batu Kawan

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 8:30 AM

Mohd Zaqhwan Mohd Zaidi menjuarai saingan kelas CP130 pada pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Stadium Batu Kawan, dekat sini, Ahad.Tempat kedua diraih oleh Md Ramdan Md Rosli (kiri) daripada pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha AHM sementara Ahmad Fazli Sham (kanan)daripada pasukan Yamaha Maju Motor Racing mendapat tempat ketiga. - Foto The Star/ASRI ABDUL GHANI.

(Ubah saiz teks)

SEBERANG PERAI: Mohd Zaqhwan Mohd Zaidi memulakan musim baharu 2014 dengan penuh bergaya apabila menjuarai saingan kelas CP130 pada pusingan pertama Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Stadium Batu Kawan, dekat sini, Ahad.

Selepas menguasai sesi ujian masa semalam, pelumba Givi Honda Yuzy Racing itu menepati ramalan apabila menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan catatan masa 16 minit 15.133 saat.
Beliau yang terkenal dengan jolokan 'Raja Ujian Masa' berkata beliau bermula agak lambat di awal perlumbaan dan terpaksa mengekori beberapa pelumba lain untuk beberapa pusingan sebelum memperoleh rentak sebenar.


"Pada pusingan ketiga, Norizman Ismail (Harian Metro YTEQ SK Honda Racing) yang mendahului kumpulan pertama pelumba telah melakukan kesilapan dan peluang itu telah saya gunakan sebaiknya untuk memintas beliau sebelum terus memecut laju meninggalkan lain-lain pelumba sehingga ke garisan penamat.

"Saya sangat berpuas hati dengan keadaan jentera pada hari ini dan perlumbaan pembukaan ini amat bermakna sebelum memulakan persaingan kedua di Muar (Johor) pada akhir April ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan berkenaan.


Norizman turut berjaya menaiki podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua walaupun telah diasak hebat oleh pelumba Motul Yamaha YY Pang, Mohd Azhar Abd. Jalil sejak dari awal perlumbaan.
 
"Saya harap dapat perbaiki rekod dan tidak mengulangi kesilapan pada pusingan akan datang dan sasaran saya adalah untuk memperoleh tempat pertama," katanya.

Mohd Azhar menduduki tempat ketiga manakala pelumba berpengalaman, Mohd Zamri Baba yang bermula dari petak ketujuh pula terpaksa berpuas hati dengan lima mata apabila hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas.

Bagi kategori CP115 pula, pelumba pasukan M-Seki Liberty Honda, Elly Idzlianizar Ilias yang bermula di petak pertama gagal menggunakan kelebihan yang dimilikinya itu walaupun berjaya memimpin perlumbaan pada lima pusingan terawal.

Kesilapan yang dilakukan Elly yang gagal mengasingkan diri dari kelompok kedua pelumba ternyata bijak digunakan oleh Mohd Izzat Zaidi dari pasukan Motul Yamaha YY Pang untuk memintas beliau untuk menjuarai kategori itu dengan masa 13 minit 53.995 saat.

Elly yang melakukan kesilapan kedua pada pusingan ke-13 pelumbaan turut membuka peluang kepada Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) untuk berada di kedudukan kedua perlumbaan, sekali gus memberi kemenangan satu dua kepada pasukan Motul Yamaha YY Pang.

"Motosikal saya menghadapi masalah di beberapa pusingan dan keadaan itu telah membuka peluang kepada pelumba lain untuk memintas saya.

"Bagaimanapun saya tetap berpuas hati kerana berjaya menaiki podium dan menghadiahkan 16 mata berharga untuk pasukan saya," kata Elly yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Mohd Izzat berkata beliau tidak mahu terlalu gembira meskipun telah memulakan kempen musim 2014 dengan keputusan yang baik.

"Keputusan pada hari ini sangat bermakna dan saya perlu beraksi lebih cemerlang pada pusingan seterusnya supaya dapat menambah kutipan mata terutama untuk pasukan saya," katanya. 

Sementara itu, kategori Wira pula menyaksikan pelumba Team MOS Track Pro Yahama, Mohd Khairul Ikhwan Ajis menjuarai perlumbaan dengan catatan masa 11 minit 27.157 saat diikuti dua pelumba Kozi Yam Honda Racing, Mohd Harith Farhan Baharin dan Khairul Idham Pawi untuk menduduki podium di tempat kedua dan ketiga.



Tags / Kata Kunci: Cub Prix , Mohd Zaqhwan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan