Personaliti Sukan: Button Lebih Suka Fesyen Sederhana Dan Kemas

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 3:57 PM

Jenson Button

(Ubah saiz teks)

JENSON Button bukan nama asing dalam dunia perlumbaan Formula Satu (F1) dan tahun 2014 mencatat penampilan ke-14 dalam kariernya.

Biarpun umurnya sudah mencecah 34 tahun, pelumba McLarean-Mercedes ini masih merasai kehangatan seperti kali pertama memandu jentera F1.

Seperti mana pelumba-pelumba F1 yang lain, Button memulakan kerjayanya dengan perlumbaan go- kart.

Pada usia 18 tahun, dia berjaya mengubah haluan dari kart ke kereta dan melakukan penampilan pertama F1 dua tahun selepas itu bersama pasukan Williams- BMW F1 Team di Grand Prix Australia, yang menyaksikan dia pelumba termuda menceburi perlumbaan ini.|

Pada tahun 2006, Button menjuarai gelaran pertama pada Grand Prix Hungary, dan pada tahun 2009 pelumba Britain ini merangkul gelaran juara dunia buat kali pertama.Bagi musim ini, Button mencatat kedudukan kelima pada perlumbaan pembukaan di Australia, keenam pada GP Malaysia, manakala kedudukan ke-17 pada GP Bahrain Ahad lalu.

Sebelum itu, Button mengakui perlumbaan musim ini lebih menarik berikutan peraturan penggunaan enjin baharu.

Soalan (s):Apakah pandangan anda dengan peraturan baharu ini?

Button: Enjin lebih kecil berbanding dengan kebanyakan enjin kereta harian kerana 'Energy Recovery System' mengeluarkan 830 kuasa kuda, yang bermakna ia amat tinggi untuk enjin 1.6 liter.

Enjin lama pula, kamu perlu mencari kuasa dalam apa jua keadaan, sekaligus enjin sekarang lebih hebat namun sukar dikawal.Namun satu perkara yang saya tidak berasa suka adalah bunyi enjin tidak lagi sebagus seperti dulu.

S: Boleh dikatakan bahawa peraturan baharu ini telah mengubah keadaan menjadi lebih mencabar?

Button: Saya fikir ia dibuat untuk menjadi sukan ini lebih menarik. Dalam masa sama, ia juga bagus kerana peminat-peminat berteka-teki siapa yang akan menang dalam setiap perlumbaa.

S:Apakah strategi McLaren musim ini?

Button:Pada saat ini, kepercayaan adalah sangat penting. Ini adalah ujian sebenar kepada semua pelumba. Kereta kami boleh dikatakan agak laju juga, tetapi tidak terlalu laju, namun ia dalam proses yang lebih baik.

Dan dengan pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan McLaren, Ron Dennis membuat kami semakin yakin kerana dia mempunyak karektor yang baik. Dia membina pasukan ini sejak 1980-an dan memenangi pelbagai gelaran dunia.

S: Menjadi model Hugo Boss, anda dilihat untuk mencuba sesuatu yang baharu. Apakah yang anda suka mengenainya?

Button: Gaya yang sesuai dengan potongan badan dan ketinggian saya. Saya tidak suka sesuatu yang terlalu pelik, seperti warna yang terang. Saya lebih suka warna hitam, kelabu dan biru dan ia amat memuaskan saya.

Button menggayakan pakaian jenama Hugo Boss.


S: Bagaimana anda menggambarkan diri sendiri ketika berada di luar litar?

Button: Ketika saya bersantai, saya hanya memakai baju-T dan seluar pendek sahaja. Saya banyak melakukan latihan kecergasan. Manakala ketika saya ada makan malam, saya akan memakai pakaian kemas (suit) yang mampu memberi keyakinan kepada diri sendiri. 

S:Apakah pandangan anda mengenai filem, Rush?

Button: Saya suka melihat idea yang mempunyai dua karektor berbeza, tetapi mempunyai bakat sebagai pesaing. Saya juga rasakan ia bagus untuk F1 dan berharap ia mampu membantu kami di States kerana kawasan itu sehingga kini sukar untuk dikawal.

Karektor Niki Lauda berkesan, manakala Daniel Bruhl juga melakukan dengan baik walaupun Niki Lauda mengakui takut kepadanya.

S: Jika anda diberi mana-mana karektor dalam sebuah filem, apakah yang anda akan pilih?

Button: Lelaki yang saya akan katakan ini sudah tidak bersama kita lagi. Dia meninggal dunia kerana kemalangan baru-baru ini, Paul Walker. Dia adalah seorang yang sempurna. Tetapi jika seseorang yang melakonkan watak saya dalam filem, saya sudah tentu sudah meninggal dunia atau sudah tua. Jadi saya harapkan orang itu belum lahir lagi.

S: Sesetengah peminat ingin menjadi seperti anda suatu hari nanti. Apakah nasihat untuk mereka yang ingin berlumba?

Button: Bagi saya, jangan mudah berputus asa dan sentiasa belajar kerana ketika saya menyertai F1, saya kurang pengalaman. Saya tidak tahu apa-apa mengenai enjin. Dan sejak itu saya terus belajar dan sentiasa ingin menjadi lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

Itulah yang saya terus buat sehingga kini.Secara jujurnya, sepanjang 14 tahun dalam karier ini, masih banyak kekurangan dan banyak yang perlu dipelajari. Sebab itulah saya rasakan seperti adrenalin saya sentiasa dipuncak kerana saya ingin menjadi lebih baik.  

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan