SIC Dapat Lampu Hijau Sambung Kontrak Anjur F1

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 11:12 AM

Najib Tun Razak (tengah) diberi taklimat oleh Razlan Razali (kiri) semasa hadir untuk menyaksikan perlumbaan F1 Petronas Malaysia Grand Prix 2014 pada Ahad. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Razlan Razali positif kontrak penganjuran Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia akan terus disambung berikutan sudah mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan. 

Razlan berkata, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, supremo F1 Bernie Ecclestone, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad ketika perlumbaan berlangsung pada Ahad.

"Kerajaan memberi lampu hijau untuk kami meneruskan perbincangan sambungan kontrak penganjuran. Mungkin kita akan tahu keputusannya pada hujung tahun ini.

"Kemungkinan besar jawapannya juga positif kerana berdasarkan pengalaman kita sudah lama menganjurkan perlumbaan ini.

"Dan saya turut mengingatkan kepada Ecclestone bahawa Malaysia negara pertama mula menganjur F1 di rantau Asia yang menggunakan dana kerajaan untuk mempromosikan  negara. Nagara-negara Asia lain seperti China, Bahrain dan lain hanyalah mengikut kita sahaja," jelasnya .

Tambah Razlan lagi, rundingan akan diteruskan selepas mendapat kertas cadangan daripada pihak pengurusan F1.

"Mereka tidak meletakkan sebarang syarat. Cuma apa yang dimahukan adalah rancangan kita untuk memperbaiki acara ini agar lebih menarik.

"Penganjuran F1 bukan seperti menganjukan temasya sukan yang lain yang perlu membida.

"Penganjuran F1 dipersetujui selepas kita sanggup membayar jumlah yang ditetapkan.

"Biasanya kontrak minimum tiga tahun dan maksimum sepuluh tahun. Dan kontrak kita sekarang selama lima tahun," katanya.

Dalam pada itu,Razlan turut berpuas hati dengan penganjuran edisi ke-16 tahun ini.

Walaupun kehadiran pengunjung pada hari terakhir merosot, Razlan berkata  ia memang sudah dijangkakan selepas apa yang dihadapi oleh negara.

"Secara keseluruhannya aturcara berjalan lancar, tambahan pula cuaca amat baik. Perlumbaan juga berlangsung dengan sengit.

"Kehadiran penonton kurang 26 peratus berbanding tahun sebelum ini. Hari ketiga perlumbaan seramai 62,340 jumlah yang hadir.

"Kejayaan satu dua oleh pasukan Mercedes Petronas memberi impak yang menarik.

"Tahun ini juga buat kali pertama kita membenarkan semua pengunjung maemasuki litar selepas perlumbaan. Dan ia akan buat aktiviti ini pada tahun seterusnya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: f1 , Malaysia , SIC , Razlan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan