F1: Hamilton Tempah Petak Pertama GP Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 29 Mac 2014 6:36 PM

Hamilton mengangkat isyarat 'bagus' kepada peminatnya selepas berjaya mendominasi petak pertama pada saingan F1 GP Malaysia di Sepang pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Selepas mengharungi  cuaca panas terik pada sesi latihan bebas sejak Jumaat, pelumba-pelumba Grand Prix (F1) Petronas Malaysia terpaksa berdepan dengan litar basah ketika saingan kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sabtu.

Perlumbaan kelayakan yang sepatutnya berlangsung  pukul 4 petang terpaksa ditangguhkan hampir 50 minit berikutan hujan lebat.

Acara yang bersambung selepas itu menyaksikan pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton sekali lagi meraih petak pertama selepas GP Australia dua minggu lalu dengan mencatat 1.57.202s pada saingan ketiga kelayakan ini.

Aksi konsisten Hamilton dan rakannya, Nico Rosberg  sejak sesi latihan bebas sebelum ini meletakkan mereka dalam kedudukan  selesa  menjelang perlumbaan akhir yang akan berlangsung petang Ahad.

Manakala Rosberg  yang merangkul trofi pertama musim ini di Australia baru-baru ini menamatkan saingan akhir kelayakan di petak ketiga biarpun pada sesi kelayakan pertama pelumba kelahiran Jerman menamatkan saingan di kedudukan pertama.

Manakala pelumba  Infiniti Red Bull, Sebastian Vettel diapit oleh kedua-dua perlumba Mercedes untuk berada di petak kedua selepas mencatat masa kelayakan ketiga dengan 1:57.654s.

Sementara itu, kejayaan berada di  petak pertama kali ini merupakan rekod ke- 33 Hamilton sekaligus menyamai rekod pelumba legenda British Jim Clark  sejak 1964.

Clark berjaya memperolehi petak pertama dengan jumlah tersebut menerusi 73 perlumbaan, manakala Hamilton sebanyak 131 saingan.

Keputusan Penuh Perlumbaan Kelayakan:

1. Lewis Hamilton-Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431

2. Sebastian Vettel -Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486

3. Nico Rosberg-Mercedes 1:57.183 1:59.445  2:00.050

4. Fernando Alonso-Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22

5. Daniel Ricciardo -Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541

6. Kimi Räikkönen -Ferrari 1:59.257 2:01.532  2:01.218

7. Nico Hulkenberg -Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712

8. Kevin Magnussen-McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213

9. Jean-Eric Vergne-STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.07

10. Jenson Button-McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053

11. Daniil Kvyat-STR-Renault 2:01.175 2:02.351

12. Esteban Gutierrez-Sauber-Ferrari 2:01.134 2:02.369

13. Felipe Massa-Williams-Mercedes 2:00.047 2:02.460

14. Sergio Perez-Force India-Mercedes 2:00.076 2:02.511

15. Valtteri Bottas-Williams-Mercedes 1:59.709 2:02.756

16. Romain Grosjean-Lotus-Renault 2:00.202 2:02.885

17. Pastor Maldonado-Lotus-Renault 2:02.074

18. Adrian Sutil Sauber-Ferrari 2:02.131

19. Jules Bianchi-Marussia-Ferrari 2:02.702

20. Kamui Kobayashi-Caterham-Renault 2:03.598

21. Max Chilton Marussia-Ferrari 2:04.388

22. Marcus Ericsson-Caterham-Renault 2:04.407

Tags / Kata Kunci: F1 , Sepang , GP Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan