MH370: F1 Berlangsung Seperti Biasa Walaupun Suram

Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 8:03 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penganjuran sukan permotoran Formula Satu (F1) yang akan berlangsung mulai esok di Sepang tidak akan menjejaskan nama baik Malaysia walaupun ia dijangka berlangsung dalam keadaan suram berikutan tragedi kehilangan Malaysia Airlines MH370.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata masyarakat dunia telah sedia maklum yang Malaysia masih lagi berkabung memperingati tragedi menyayat hati itu.

"Walaupun tanpa penganjuran konsert dan acara sampingan lain, kita yakin perlumbaan yang akan bermula Jumaat ini tetap menjadi perhatian peminat sukan permotoran itu," katanya kepada Bernama pada majlis santai minum petang bersama Pergerakan Pemuda Umno Kuala Nerus di sini pada Khamis.

Khairy sebelum ini meminta semua penganjur acara sukan menghormati tragedi kehilangan MH370 dengan mengadakan majlis secara sederhana.

Katanya acara sukan utama yang dirancang sebelum ini seperti kejohanan golf Piala EurAsia yang berlangsung selama tiga hari di Glenmarie Golf and Country Club serta Anugerah Dunia Sukan Laureus berjalan seperti biasa.

Tags / Kata Kunci: F1 , MH370 , MAS , KBS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan