Konsert Batal Tetapi Acara Sukan Antarabangsa Diteruskan Secara Sederhana - Khairy

Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 11:11 PM

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konsert sampingan yang diadakan bagi memeriahkan perlumbaan Grand Prix Formula Satu 2014 di perkarangan Kuala Lumpur City Centre dan Litar Sepang dibatalkan sebagai menghormati insiden pesawat MH370 tetapi acara sukan antarabangsa tetap diteruskan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. 

"Semua acara sukan telah dirancang dan melibatkan penganjuran antabangsa diteruskan dan kita tiada perancangan untuk batalkan kerana telah dirancang begitu lama.

Walaupun acara sukan diteruskan tapi skop acara telah dikecilkan. Saya juga berharap penganjur dapat menjalankan acara dalam penuh simpati terhadap tragedi itu (MH370)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan bola sepak sempena Anugerah Sukan Laureus di Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara di sini, Selasa.

Acara sukan antarabangsa yang bakal berlangsung di Malaysia pada minggu ini adalah Anugerah Sukan Laureus di Istana Budaya esok, Kejohanan Golf EurAsia di Glenmarie Golf and Country Club Shah Alam (27-29 Mac) dan perlumbaan Grand Prix Formula Satu Malaysia di Litar Sepang (28-30 Mac).

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan pesawat MH370 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia itu hilang dari radar setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan