F1: Red Bull Bingung Isu Jentera Vettel

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 2:35 PM

Jentera Vettel ditarik ke pit oleh krew Red Bull selepas gagal meneruskan perlumbaan Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Red Bull masih bingung dengan jentera Sebastian Vettel yang berdepan dengan masalah ketika aksi pusingan pertama Grand Prix Formula 1 Australia minggu lalu.

Vettel terpaksa menarik diri selepas silinder enjin jenteranya jatuh, sekaligus memaksa pasukan teknikal Red Bull bekerja keras mencari punca sebenar.


Juara dunia empat kali turut mengalami masalah berkaitan dengan isu perisian pemanduan dan bos Red Bull Christian Horner berkata pihaknya masih mencari punca sebenar dan hanya satu jentera ini sahaja yang bermasalah.

"Ia kelihatan seperti silinder jatuh, dan kami perlu faham mengapa ini berlaku, sama ada berpunca daripada punca elektrik, perisian ataupun apa sahaja.

"Sejak pagi Sabtu, unit tenaga telah mencari punca dan tiada alasan kukuh yang dijumpai.

"Dari segi pemasangan, semuanya sama dengan satu lagi jentera Daniel Ricciardo, kedua-duanya menggunakan enjin baharu," jelasnya.

Pun begitu, jentera Ricciardo juga turut mengalami sedikit saat sukar sebelum perlumbaan bermula.

"Kami berdepan dengan 'drama' ketika dia meninggalkan garaj, turbo tidak berjalan lancar.

"Kami terpaksa membetulkan semula pusingan tenaga yang digunakan, dan ia kembali normal.

"Jadi itulah drama yang kami lalui sebelum ke grid, tetapi kembali baik dan tidak timbul lagi masalah tersebut," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan