F1: Kemenangan Daniel Ricciardo Dibatalkan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 10:38 AM

Kemenangan Daniel Ricciardo di kedudukan kedua pada GP Australia terpkasa ditarik balik selepas jenteranya dikesan melanggar syarat bahan api.

(Ubah saiz teks)

KEMENANGAN pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di tempat kedua pada GP F1 Australia pada Ahad terpaksa dibatalkan selepas jenteranya dikesan melanggar peraturan penggunaan bahan api.

Pelumba Australia berusia 24 tahun itu menempah kedudukan kedua dibelakang Nico Roseberg daripada pasukan Mercedes di Melbourne.

Badan yang mengawal sukan itu, FIA sebelum ini telah memasang sensor bahan api untuk memastikan aliran bahan api dalam setiap jentera tidak melebihi 100kg/h.

Berikutan pembatalan kemenangan keatas Daniel Ricciardo, pelumba daripada pasukan McLaren, Kevin Magnussen yang memperolehi tempat ketiga telah dinaikkan ke kedudukan kedua.

Bagaimanapun bos Red Bull, Christian Horner menegaskan pasukannya mematuhi peraturan FIA, sambi menambah bahawa sensor bahan api telah membawa pelbagai masalah kepada pasukan tersebut sebelum ini.

"Saya amat kecewa dan agak terkejut dengan keputusan itu tetapi kami akan membuat rayuan," kata Horner.

"Harap dengan proses rayuan itu, ia akan menjadi jelas bahawa jentera telah mematuhi segala peraturan setiap masa.

"Kita boleh melihat perbezaan ketara menerusi bacaan sensor itu dengan aliran sebanar bahan api, disitulah wujud perbezaan pendapat," jelas Horner.

Kemenangan Ricciardo merupakan kejayaan pertama pelumba itu bersama pasukan Red Bull dalam penampilan sulung.

Sukan F1 telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru pada musim ini termasuk had penggunaan baha api ketika perlumbaan.

Tags / Kata Kunci: F1 , FIA , Melbourne , Australia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan