Cub Prix Medan Lahir Pelumba Antarabangsa

Diterbitkan: Rabu, 12 Mac 2014 9:24 AM

Sebahagian pelumba yang bakal beraksi musim ini. Foto:S.S.Kanesan/THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Edisi ke-21 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas akan meneruskan misi untuk melahirkan lebih ramai pelumba bertaraf antarabangsa.

"Program pembangunan pelumba di peringkat akar umbi meningkat ke tahap lebih tinggi tahun ini. Misi kita ialah untuk menghasilkan lebih ramai Hafizh  Syahrin...lebih ramai Zulfahmi Khairuddin dan bukannya hanya satu atau dua  pelumba sahaja.

"Untuk mencapai matlamat itu, kita perlukan kelompok pelumba yang lebih besar dan untuk memperolehi pelumba-pelumba berbakat ini, kita perlukan pasukan (yang bakal diwakili pelumba itu)," kata pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd, Ron Hogg ketika ditemui selepas majlis pelancaran musim baharu perlumbaan itu.

Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) adalah promoter Kejuaraan Cub Prix AAM  Malaysia Petronas.  

Edisi ke-21 dengan 10 pusingan perlumbaan itu akan membuka tirai di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 5 dan 6 April.

"Sejak diperkenalkan, perlumbaan motosikal yang menjadi platform kepada  pelumba-pelumba motosikal negara ini berjaya menghasilkan 30 pelumba berkaliberyang kini beraksi dalam pelbagai kejuaraan dan program pembangunan pelumba di  seluruh dunia," kata Hogg.

Sementara itu, katanya pengenalan kategori Wira dalam siri perlumbaan Cub Prix telah berjaya menarik minat pelumba-pelumba muda berusia antara 13 hingga 17 tahun.

"Kategori ini kita telah perkenalkan sejak dua tahun lepas dan kebanyakan mereka kini bersaing dalam kategori yang lebih tinggi dalam saingan Cub Prix seperti CP115 dan CP130," katanya.  

Pada majlis yang sama turut diumumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan  stesen televisyen berbayar, Astro Arena 801, akan bertindak sebagai hos penyiaruntuk perlumbaan tahun ini.


Senarai pelumba Cub Prix beraksi di pentas antarabangsa:

Moto2 - Azlan Shah Kamaruzaman, Hafizh Syahrin Abdullah

Moto3 - Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq Azmi

ARRC SuperSports 600cc - Mohd Zamri Baba, Mohd Zaqhwan Zaidi, Ahmad Fuad 
Baharudin, Ahmad Afif Amran, Mohd Fitri Ashraf Razali

ARRC Underbone 130cc - Mohd Amirul Ariff Musa, Mohd Rozaiman Mohd Said, Mohd Azhar Abdul Jalil, Mohd Adib Rosley, Norizman Ismail, Ahmad Fazrul Sham, Elly Idzlianizar Ilias, Mohd Shariffudin Shamsuddin, Mohd Affendi Rosli

Asia Dream Cup - Khairul Idham Pawi, Mohd Harith Farhan, Mohd Qhuwarismi

Asia Talent Cup - Nazirul Izzat bin Muhammad Bahaudin (Yamaha 135 Super Series), Muhammad Shafiq Rasol (Wira Category), Muhamad Adam Norrodin (Honda 

Future One Make Challenge), Muhammad Helmi Azman (Yamaha 135 Super Series ),  Fakhrusy Syakirin Rostam (CP115), and Muhammad Shafiq Ezzariq (Yamaha 135 Super Series)

Kejuaraan Sepanyol (CEV) Moto3 - Mohd Ramdan Rosli, Mohd Hafiza Rofa, Husni Aizat


Tags / Kata Kunci: Cub prix , 2014

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan