Pelumba ARRC Jalani Sesi Ujian Pra Musim Di Sepang

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 12:33 PM

(Ubah saiz teks)

EDISI ke-19 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS 2014 kembali dihangatkan dengan kehadiran pelumba-pelumba terbaik Asia dalam kelas SuperSports, Underbone dan Piala Impian Asia (ADC) yang akan menjalani sesi ujian pra-musim rasmi di Litar Antarabangsa Sepang pada 4 dan 5 Mac ini.

Sesi selama dua hari ini merupakan tempoh penting buat pasukan dan pelumba setelah berehat panjang sejak November lepas terutama bagi menguji peralatan baru yang digunakan untuk menghadapi musim baru ini.

"Pelumba-pelumba akan kembali bersama jentera mereka buat pertama kali pada sesi ujian pra-musim ini.

"Sesi ini penting bukan sahaja untuk latihan pelumba, sebaliknya jurutera-jurutera pasukan turut dapat menggunakan peluang ini untuk mencuba peralatan baru dan mendapatkan pelarasan terbaik serta mengenal pasti kekuatan dan kelemahan jentera di dalam keadaan suhu litar yang panas," jelas Pengarah Promosi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd, Ron Hogg.

Ron menambah, musim 2014 dijangka lebih menarik dengan kehadiran bakat-bakat baru dan juga perubahan barisan pelumba pasukan.

Antara perubahan yang dijangka menarik perhatian adalah aksi pertama Mohd Zamri Baba bersama jentera Honda di dalam kelas SuperSports. Pelumba 31 tahun itu bakal menggantikan tempat juara 2013, Azlan Shah Kamaruzaman dan akan bergandingan dengan bekas pelumba MotoGP, Makoto Tamada dan Mohd Zaqhwan Zaidi.

Sementara itu, Katsuaki Fujiwara akan mengemudi jentera Kawasaki manakala Ahmad Fuad Baharudin kembali memberi cabaran bersama jentera Yamaha.

Tambah menarik, beberapa muka baru akan berada di grid kelas perdana termasuk naib juara Underbone, Ahmad Afif Amran, pemenang tempat ketiga ADC, Mohd Fitri Ashraf Razali, pelumba Thailand, Suhathai Chaemsap, bekas pelumba Superbike Dunia, Mark Aitchison dan seorang lagi pelumba Malaysia, Sasitharen Sukumaran.

Turut mengesahkan kehadiran termasuklah pelumba Indonesia, Yudhistira, Ivos A Rianda, Hazlanshah Mohd Noor, Mohd Farid Badrul Hisham, Satoru Iwata, Tomoyoshi Koyama, Yuki Ito, Peerawat Wongthanananon, Ratthapong Wilairot dan Makoto Inagaki.

Saingan Underbone 115cc tidak kurang menariknya apabila juara bertahan, Hadi Wijaya beralih ke pasukan baru yang berpengkalan di Malaysia manakala juara 2009, Mohd Affendi Rosli kini bersama jentera Yamaha.

Selepas seringkali didominasi oleh pelumba Indonesia dan Malaysia, saingan musim ini dimeriahkan dengan penyertaan pasukan dari Jepun yang mempertaruhkan pelumba muda berbakat, Kazuki Masaki yang telah meraih beberapa kedudukan podium pada musim lepas.


Tags / Kata Kunci: ARRC , SIC , Test

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan