SIC Mahu Tarik Peminat India Ke F1 Malaysia 2014

Diterbitkan: Selasa, 25 Februari 2014 12:01 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sepang International Circuit (SIC) selaku promoter dan penganjur Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia 2014 mahu menarik peminat sukan permotoran India untuk datang menyaksikan Pusingan 2 kejohanan dunia itu Mac ini.

Dengan ketiadaan penganjuran Grand Prix India tahun ini, Litar Sepang menjadi venue terbaik untuk mereka memberi sokongan kepada pasukan F1 India - Sahara Force.

"Dengan Sahara Force membawa bendera India, sudah tentu mereka mahu menyokong pasukan mereka di litar," Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali dipetik Financial Express sebagai berkata di Mumbai pada Isnin.

Beliau berkata selain terdapat kemudahan pernerbangan terus yang disediakan Malaysia Airlines dan AirAsia dari pelbagai destinasi di India ke Sepang, Malaysia turut menyediakan pelbagai tarikan kepada pelancong India sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Malaysia Airlines terbang ke New Delhi, Mumbai, Chennai, Bengaluru, Hyderabad dan Kochi sementara destinasi AirAsia termasuk Chennai, Bengaluru, Kochi, Kolkata dan Tiruchirappalli.

Sahara Force mengemukakan gandingan baharu yang terdiri daripada pemandu Jerman, Nico Hulkenberg dan pemandu Mexico, Sergio Perez.

Perez memandu untuk McLaren musim lalu menggantikan Paul di Resta sementaraHülkenberg kembali semula mewakili Sahara Force, mengambil alih tempat AdrianSutil yang berpindah ke pasukan Sauber musim ini.

Pusingan 1 bermula di Grand Prix Australia dari 14 hingga 16 Mac.

Razali berkata selain keterujaan FI di Sepang, turut tersedia pelbagaikarnival termasuk pesta makanan.

Beliau berkata buat pertama kali, pameran 3D akan diadakan untuk memapar kembali sejarah F1 di Malaysia sejak 15 tahun lalu.

"Kami akan memasang lebih 30 panel 3D yang akan direka bentuk seperti 'Wallsof Fame' untuk membawa peminat mengembara ke dunia Formula 1," katanya.

Selain itu peminat antara lain berpeluang bertemu pemandu F1, menyaksikan demonstrasi pemanduan jentera lumba dan menghadiri konsert selama dua hari mulai 28 Mac di Menara Berkembar Petronas.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sic , F1 , malaysia , razlan , sepang

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan