ARRC: Azlan Dapat Pelepasan Honda Team Asia Untuk Beraksi Di Qatar

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlan buru mahkota Supersports 600cc di Qatar.
Azlan buru mahkota Supersports 600cc di Qatar.

PELUMBA Moto2 negara dan pendahulu SuperSports 600cc, Azlan Shah Kamaruzaman mendapat pelepasan daripada pasukan Honda Team Asia untuk menyertai Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) dalam usahanya untuk bergelar juara keseluruhan pada pusingan terakhir yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 21 hingga 23 November ini.

Mengikut peraturan, pelumba yang mempunyai kontrak beraksi di Kejuaraan Grand Prix Dunia (MotoGP) tidak dibenarkan menyertai mana-mana perlumbaan lain namun Azlan terkecuali daripada syarat tersebut setelah penyertaannya hanya bermula pada saingan Grand Prix San Marino September lalu.

Pelumba Boon Siew Honda Racing itu berpeluang untuk melakar sejarah di bawah limpahan cahaya lampu perlumbaan malam litar Losail sebagai pelumba Malaysia kedua yang memenangi gelaran SuperSports 600cc selepas Chia Tuck Cheong melakukannya pada tahun 2000 dan 2001.

Selepas 10 perlumbaan dalam lima pusingan lepas, Azlan mendahului kedudukan dengan 178 mata, 19.5 mata mengatasi pencabar terdekat yang juga juara musim 2011, Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) di tangga kedua dengan 158.5 mata. Seorang lagi pelumba Malaysia, Mohd Zamri Baba (PETRONAS Hong Leong Yamaha) di tangga ketiga dengan 120.5 mata.

"Selepas tujuh tahun beraksi di pentas ARRC, ini merupakan peluang terbaik untuk saya memenangi gelaran.

"Saya sudah tidak sabar memulakan saingan di Qatar dan pada masa sama terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan Honda Team Asia yang memberi kebenaran buat saya beraksi minggu ini. Ianya amat bermakna kepada saya," jelas pelumba berusia 29 tahun itu. Walaupun dilihat mempunyai bekalan selesa apabila hanya perlu menamatkan kedua-dua perlumbaan di tempat ketiga, namun Azlan tidak mahu memandang mudah saingan final musim ini.

Malah dia berhasrat meraikan gelaran juara keseluruhan SuperSports 600cc dengan pencapaian sekurang-kurangnya memenangi salah satu daripada dua perlumbaan akhir nanti.

"Mungkin kami mempunyai sedikit kelebihan pada perlumbaan akhir ini namun kami tetap akan melakukan persediaan secukupnya, sama seperti pusingan-pusingan lepas.

"Kami akan bekerja keras sejak dari hari pertama sehinggalah ke garisan penamat perlumbaan terakhir. Saya berjanji untuk memberikan aksi terbaik.

"Kami mempunyai rekod baik dengan menaiki podium di Qatar sepanjang dua tahun lepas dan saya percaya kami mampu melakukan perkara serupa minggu ini.

"Saya sentiasa berusaha sedaya upaya di sini namun masih belum pernah memenangi perlumbaan jadi mudah-mudahan pengalaman di Moto2 dapat dimanfaatkan di sini nanti."

Maklumat lanjut sila hubungi Two Wheels Motor Racing Sdn Bhd (TWMR) di talian 03-8733 8787 atau layari laman web rasmi Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di www.asiaroadracing.com

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan