Vettel Takluk Litar Amerika Syarikat

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vettel dinobatkan sebagai juara.
Vettel dinobatkan sebagai juara.

AUSTIN: Juara dunia, Sebastian Vettel mencatat rekod kemenangan kelapan berturut-turut musim ini apabila menakluki saingan perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat, awal pagi Isnin.

Pemandu Jerman itu kini mengatasi rekod Michael Schumacher yang pernah melakar kemenangan tujuh kali pada satu musim iaitu pada 2004.

Kemenangan Vettel itu bukan saja kelapan berturut-turut tetapi yang ke-12 bagi musim ini.

Ia juga kemenangan ke-38 sepanjang kerjaya selepas mengharungi 119 perlumbaan.

Berikut adalah keputusan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Amerika Syarikat:

1. Sebastian Vettel, (Jerman), Red Bull, 1:39:17.148

2. Romain Grosjean, (Perancis), Lotus, 1:39:23.432.

3. Mark Webber, (Australia), Red Bull, 1:39:25.544.

4. Lewis Hamilton, (England), Mercedes, 1:39:44.506.

5. Fernando Alonso, (Sepanyol), Ferrari, 1:39:46.740.

6. Nico Hulkenberg, (Jerman), Sauber, 1:39:47.548.

7. Sergio Perez, (Mexico), McLaren, 1:40:03.840.

8. Valtteri Bottas, (Finland), Williams,1:40:11.657.

9. Nico Rosberg, (Jerman), Mercedes, 1:40:16.289.

10. Jenson Button, (England), McLaren, 1:40:34.426.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan