Juara F1 7 Kali Michael Schumacher Tolak Pelawaan Lotus

Diterbitkan: Khamis, 14 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JUARA F1 sebanyak tujuh kali, Michael Schumacher telah menolak pelawaan Lotus untuk kembali ke arena itu dalam baki dua perlumbaan lagi musim ini.

Pelumba Jerman berusia 44 tahun itu menolak pelawaan Lotus untuk mengantikan Kimi Raikkonen, yang dilaporkan tidak dapat meneruskan baki dua perlumbaan lagi kerana kecederaan belakang.

Dengan keputusan Schumacher untuk menolak pelawaan tersebut, tempat Raikkonen akan diambil alih oleh rakan senegaranya dari Finland, Heikki Kovalainen, demikian lapor agensi berita The Press Association.

Perlumbaan F1 seterusnya ialah Grand Prix Amerika Syarikat yang akan berlangsung Ahad ini di Texas dan kemudian diikuti dengan GP Brazil seminggu selepas itu sebagai perlumbaan penutup musim.

REKOD KERJAYA MICHAEL SCHUMACHER:

> Juara Dunia: 1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004.

> Jumlah Kemenangan: 91 kali.

> Kemenangan Terbanyak Semusim: 13 GP.

> Podium: 155 kali.

> Kemenangan Terbanyak Dalam Satu GP: 8 (Perancis).

Sementara itu, Pengurus Schumacher, Sabine Kehm dipetik sebagai berkata; "Memang benar, dia telah ditawarkan untuk memandu untuk Lotus dalam baki dua perlumbaan lagi dan kita memahami kenapa dia masih menerima tawaran. Ia adalah kerana semua orang melihat Schumacher sebagai seorang pemandu yang masih cergas dan berkemampuan untuk memandu dalam F1 lagi."

Schumacher bersara pada tahun 2006 selepas memandu lebih 10 tahun untuk Ferrari, tetapi kemudiannya memutuskan untuk kembali berlumba dalam F1 dengan pasukan Mercedes-Petronas pada 2010.

Dua tahun selepas itu, dia mengumumkan persaraannya untuk kali yang kedua dan tempatnya diganti oleh pelumba Britain, Lewis Hamilton, iaitu juara dunia 2008.

Hamilton sebelum itu memandu untuk pasukan McLaren.

Sementara itu, Kovalainen pula memulakan kariernya dalam sukan lumba dengan Renault pada 2007 dan selepas itu memandu untuk McLaren selama dua musim.

Ketika bersama McLaren, Kovalainen berjaya memenangi GP Hungari pada tahun 2008. Ia adalah kemenangan tunggal Kovalainen setakat ini.

Dia pernah memandu untuk Lotus selama dua musim sebelum berpindah ke Caterham tahun lalu.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan