Marquez Rangkul Gelaran Juara Dunia MotoGP

Diterbitkan: Ahad, 10 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marquez menjulang trofi yang dimenanginya.
Marquez menjulang trofi yang dimenanginya.

PELUMBA Sepanyol, Marc Marquez menjadi juara dunia kelas MotoGP termuda pada usia 20 tahun apabila menduduki tempat ketiga pada aksi final musim ini di Grand Prix Valencia pada Ahad.

Tempat pertama dimenangi pelumba Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo manakala Dani Pedrosa menduduki tempat kedua

Pelumba Honda itu memulakan saingan di petak kesembilan bersaing sengit dengan juara bertahan Jorge Lorenzo dan Dani Pedrosa ketika berada di pusingan ke-11.

Marquez memenangi gelaran juara dunia selepas memperoleh 334 mata, empat mata di depan Lorenzo.

Beliau berjaya memintas rekod 30 tahun Freddie Spencer yang memenangi gelaran tersebut pada usia 21 tahun.

"Ia adalah perlumbaan terlama tahun ini untuk saya. Ia tahun yang cemerlang. Saya menerima gelaran ini lebih awal daripada yang dijangka. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan dan para penyokong," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan