Aksi Wildcard Terakhir Hafizh Di Valencia

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafizh bakal beraksi di Valencia minggu hadapan.
Hafizh bakal beraksi di Valencia minggu hadapan.

PELUMBA Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi akan tampil beraksi di pentas Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP), aksi wildcard terakhir bagi musim 2013 dirinya pada perlumbaan terakhir MotoGP yang akan berlangsung di Valencia pada 8 hingga 10 November ini.

Ini merupakan wildcard keempat bagi pelumba berusia 19 tahun yang beraksi untuk pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu yang dikembangkan bakatnya melalui perancangan rapi sepanjang kira-kira enam tahun lepas.

Bermula dengan gelaran juara keseluruhan di dalam saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Hafizh yang dibimbing oleh pengurus pasukan, Barry Leong terus menampilkan aksi konsisten untuk mencapai sasarannya beraksi di dalam kejuaraan dunia.

Sepanjang 2013, hampir semakin hamper untuk mencapai matlamatnya di mana dia kini sedang bersaing untuk merebut gelaran juara di dalam Kejuaraan Motosikal Sepanyol selain turut menjalani beberapa latihan di litar MotoGP seluruh dunia selain turut tampil beraksi sebagai pelumba wildcard Moto2.

Sejak penampilan di Grand Prix Malaysia baru-baru ini, masa depan Hafizh untuk beraksi sebagai pelumba musim penuh Moto2 semakin menjadi tanda tanya dikalangan media dan juga peminat tempatan.

Dengan komitmen PETRONAS di dalam mengembangkan bakat Hafizh selama ini, sudah pasti semua pihak tidak sabar untuk menyaksikan kelibat Hafizh di pentas dunia itu pada musim hadapan.

Meskipun begitu, Hafizh tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara tersebut sebaliknya menyerahkan kepada pengurusan pasukannya.

“Buat masa ini saya hanya memberi tumpuan untuk merebut gelaran di Kejuaraan Sepanyol dan pada masa sama mahu mencatat keputusan terbaik di Valencia, minggu hadapan.

"Saya mahu mendapatkan keputusan wildcard terbaik pada tahun ini," jelas Hafizh yang telah beraksi di LeMans (Perancis), Catalunya (Sepanyol), dan Malaysia (Sepang) sebelum ini.

Sepanjang tiga penyertaan wildcard lepas, Hafizh mencatatkan keputusan memberangsangkan dengan berada di tempat ke-25 pada sesi kelayakan dan menamatkan saingan di tempat ke-22 ketika di LeMans, kelayakan di tempat ke-27 dan tamat di tempat ke-18 di Catalunya dan di tempat ke-18 ketika kelayakan dan menamatkan saingan di tempat ke-16 di Sepang, baru-baru ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan