Zulfahmi Gagal Tamat Saingan MotoGP Jepun

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MOTEGI (Jepun): Hasrat pelumba Moto3 negara Mohd Zulfahmi Khairuddin mengumpul mata pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Jepun tidak kesampaian apabila terbabas di selekoh pertama Litar Twin Ring Motegi di sini, Ahad.

Kemalangan tersebut berlaku apabila pelumba pasukan Red Bull-KTM-Ajo itu melanggar pelumba Afrika Selatan, Brad Binder daripada pasukan Ambrogio Racing, menyebabkan rakan sepasukan Zulfahmi, Luis Salom turut dilanggar oleh pelumba pasukan SPA Ongetta-Centro Seta, Issac Vinales.

"Lupakan sahaja perlumbaan ini...tiada apa-apa yang saya boleh katakan langkah, biar kita memberi tumpuan kepada Valencia," kata Zulfahmi selepas perlumbaan itu.

Perlumbaan Moto3 dimenangi Alex Marquez daripada pasukan SPA Estrella Galicia dengan masa 39 minit 45.953 saat diikuti Maverick Vinales (Team Calvo) dengan masa 39:45.980s dan Jonas Folger (Mapfre Aspar Team Moto3) dengan masa 39:53.703s.

Dalam perkembangan lain, Zulfahmi berkata beliau mungkin tidak akan bersama pasukannya itu pada musim depan dan keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diketahui selepas pusingan akhir MotoGP di GP Gran Premio, Valencia, Sepanyol, 10 November ini.

"Saya perlu tunggu sehingga itu. Buat masa ini ada beberapa pilihan dan salah satunya kekal di bawah naungan Ajo Motorsports tetapi tidak berlumba dengan nama Red-Bull-KTM," katanya.

Pada musim Moto3 tahun ini, Zulfahmi kini mengumpul 65 mata untuk menduduki ke-12 keseluruhan selepas 17 pusingan sebelum perlawanan tamat musim di Valencia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan