Zulfahmi Catat Masa Ketiga Terpantas Pada Sesi Latihan GP Australia

Diterbitkan: Jumaat, 18 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biarpun belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan, pelumba Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin menampilkan aksi terpuji apabila mencatat masa ketiga terpantas pada sesi latihan bebas menjelang Grand Prix Motosikal (MotoGP) Australia, Ahad ini.

Pada sesi latihan kedua di Litar The Phillip Island hari ini, Zulfahmi yang mewakili pasukan Red Bull KTM Ajo, mencatat masa satu minit 38.224 saat pada pusingan ke-17.

Maverick Vinales daripada pasukan Team Calvo mencatat masa terpantas dengan catatan 1:38.198s manakala pelumba Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger merakam masa kedua terpantas dengan 1:38.220s.

"Permulaan yang baik bagi saya. Terima kasih kepada semua pegawai perubatan dan ahli fisioterapi yang membantu saya kembali cergas. Hari ini saya lebih selesa dengan jentera. "Saya berharap akan mendapat posisi yang baik pada pusingan kelayakan esok," kata Zulfahmi dalam kenyataan yang dikeluarkan Red Bull KTM Ajo Motorsport di sini.

Zulfahmi mengalami keretakan kecil pada pergelangan tangan kanan ketika beraksi pada GP Aragon, Sepanyol dua minggu lepas.

Kemalangan itu turut mengakibatkan pergelangan tangan kirinya terpaksa dibedah selain bahagian pinggangnya bengkak.

Kecederaan yang dialaminya itu memaksa Zulfahmi menarik diri daripada perlumbaan GP Malaysia, minggu lepas.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali berkata beliau terkejut dengan perkembangan mendadak Zulfahmi biarpun masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan.

"Satu perkembangan yang positif...saya sempat menghubungi beliau di sana, saya diberitahu beliau masih lagi terasa sakit tetapi kondisinya lebih baik daripada minggu lepas. "Zulfahmi memang begitu bersemangat. Kita harap pada pusingan kelayakan esok, beliau akan mendapat keputusan yang lebih bagus," katanya ketika dihubungi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan