MotoGP Malaysia: Zulfahmi Terpaksa Tarik Diri

Diterbitkan: Isnin, 14 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelumba Red Bull KTM Ajo, Zulfahmi Khairuddin hanya mampu melihat rakan sepasukannya berlumba selepas beliau menarik diri dalam perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad. Beliau menarik diri akibat kecederaan pegelangan tangan kanan dan mengalami bengkak di pinggannya. -fotoBERNAMA
Pelumba Red Bull KTM Ajo, Zulfahmi Khairuddin hanya mampu melihat rakan sepasukannya berlumba selepas beliau menarik diri dalam perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Ahad. Beliau menarik diri akibat kecederaan pegelangan tangan kanan dan mengalami bengkak di pinggannya. -fotoBERNAMA

SEPANG: Muhammad Zulfahmi Khairuddin disahkan tidak dapat beraksi dalam perlumbaan Moto3 pada Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad.

Zulfahmi terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan di pergelangan tangannya yang menjejaskan pergerakan walaupun telah disuntik dengan ubat penahan sakit.

Kesakitan tersebut dirasai ketika sesi pemanas badan pagi Ahad.

Pada aksi latihan bebas dan aksi kelayakan (Jumaat dan Sabtu), Zulfahmi mempamerkan prestasi positif walaupun dalam masa sama terpaksa juga menanggung kesakitan di bahagian bawah pinggul.

Pelumba Red Bull KTM Ajo yang berusia 21 tahun itu baharu menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya di Hospital Universitario Quirón Dexeus, Barcelona, Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan perlumbaan Grand Prix Aragon minggu lalu.

Zulfahmi berkata, keputusan menarik diri ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor.

"Selepas aksi kelayakan pada Sabtu, pergelangan saya sakit sedikit dan terus buat fisioterapi dan doktor turut menggunakan ubat.

"Bila bangun daripada tidur pagi tadi (Ahad), saya masih berasa sakit dan mengambil keputusan dapatkan suntikan (jumlah tujuh suntikan) di pergelangan tangan.

"Apabila sesi pemanas badan bermula, saya cuma masukkan tangan ke dalam sarung tangan dan dalam Masa sama perasaan tidak selesa. Saya cuba untuk buat satu lap tapi tangan tak boleh mengawal dan menggunakan brek dengan baik.

"Selepas itu saya sekali lagi buat pemeriksaan dan x-tray, semuanya berada dalam keadaan baik, cuma skru yang dipasang pada pergelangan tangan ketika di Barcelona minggu lalu bergesel dengan sendi saya. Itu yang menyebabkan ia lebih sakit apabila bergerak.

"Jadi selepas berbincang dengan semua dan memikirkan risiko bahaya kepada diri sendiri dan juga pelumba lain jika diteruskan, jadi saya mengambil keputusan menarik diri," ulasnya mengenai situasi pergelangan tangannya.

Zulfahmi juga berkata, dia tidak mahu mengambil risiko lebih teruk dan hanya meneruskan pemulihan dalam tempoh empat hari sebelum beraksi di Philip Island, Australia.

"Keadaan ini akan mengambil masa sedikit, dan buat masa sekarang saya akan ikut apa yang disuruh doktor.

"Dalam masa sama saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang memberi sokongan kepada saya dan pelumba-pelumba Malaysia yang lain.

"Saya tahu peminat-peminat faham situasi yang saya alami sekarang. Saya percaya tahun depan saya akan kembali dengan keadaan yang lebih baik lagi," jelasnya.

Walaupun tidak beraksi pada pusingan ini, Zulfahmi masih mengekalkan kedudukan kesepuluh keseluruhan bagi senarai pelumba Moto3.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan