Azlan Harap Tuah Lebih Baik Di Philip Island

Diterbitkan: Ahad, 13 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Azlan Shah Kamaruzaman telah membuktikan peningkatan prestasi dengan menamatkan perlumbaan Moto2 di tempat ke-22 walaupun hanya selepas beraksi dalam tiga perlumbaan di pentas kejuaraan dunia ini.

Pelumba Honda Team Asia yang bermula dari petak ke-27 itu menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 26:25.868s pada perlumbaan kedua selepas perlumbaan asal terpaksa dihentikan seketika setelah bendera merah dikibarkan akibat insiden kemalangan pada peringkat awal perlumbaan.

"Ini kedudukan terbaik saya selepas tiga perlumbaan beraksi dalam saingan Moto2. Pada perlumbaan pertama di San Marino, saya sekadar di tempat ke-24 dan gagal menamatkan perlumbaan pada perlumbaan berikutnya manakala tempat ke-22 di Malaysia. Keputusan saya semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Namun, kedudukan perlumbaan sahaja tidak cukup untuk menggambarkan tentang prestasi sebenar saya. Masih banyak yang perlu dipertingkatkan terutama dari segi prestasi jentera dan kemahiran saya sendiri.

"Adakalanya saya seperti begitu susah untuk mengendalikan jentera terutama ketika memasuki selekoh dan ketika menekan brek yang sering menyebabkan tayar tergelincir,” jelas Azlan.

Azlan menambah; "Meskipun begitu saya tidak bimbang mengenainya. Pasukan dan saya sentiasa bekerjasama untuk mendapatkan prestasi jentera dan catatan masa yang lebih baik. Mudah-mudahan saya dapat mencatat keputusan yang lebih baik pada perlumbaan berikutnya di Phillip Island selepas ini".

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan