MotoGP: Pedrosa Kuasai Latihan Bebas Pertama, Kedua - F1 dan Motor | mStar

MotoGP: Pedrosa Kuasai Latihan Bebas Pertama, Kedua

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa beraksi pada sesi latihan bebas sempena perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat. - Fot BERNAMA
Pelumba Repsol Honda Team, Dani Pedrosa beraksi pada sesi latihan bebas sempena perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2013 di Litar Antarabangsa Sepang pada Jumaat. - Fot BERNAMA

SEPANG: Pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa menguasai Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada sesi latihan bebas pertama dan kedua pada Grand Prix Malaysia (MotoGP), Jumaat.

Pedrosa mencatat masa 2'01.229 bagi latihan pertama dan 2'00.554 pada sesi latihan kedua.

Rakan sepasukannya, Marc Marquez hanya mencatat perbezaan 0.553 saat mengekori Pedrosa dalam kedua-dua latihan ini.

Sementara itu, pelumba Monster Yamaha Tech 3, Cal Crutchlow memperbaiki kedudukan dengan berada di tempat ketiga selepas mencatat masa yang lebih baik berbanding latihan bebas pertama.

Juara dunia enam kali, Valentino Rossi meraih tempat ketiga bagi latihan bebas kedua dengan catatan masa 2'01.538.

Pada latihan pertama, pelumba Yamaha Factory Racing itu berada di tempat kelima.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan