Hafizh Syahrin Perlu Lebih Fokus Di Litar Kering

Diterbitkan: Sabtu, 12 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pelumba Petronas Raceline Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah mengakui perlu lebih fokus dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2013 di Litar Sepang pada Ahad yang dijangka berlangsung di trek kering.

"Bagi saya litar kering tidak begitu susah, sebab catatan masa saya di litar kering semakin bagus. Tetapi saya perlukan sedikit lagi pengalaman untuk mengawal jentera dan serasi dengan keadaan litar kering," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Penunggang yang lebih dikenali sebagai 'Pescao' atau 'ikan kecil' dalam bahasa Sepanyol itu juga berkata beliau tidak boleh membuat kesilapan ketika beraksi di trek kering.

Dalam sesi kelayakan pada Sabtu, Hafizh Syahrin membuat catatan masa dua minit 08.441 saat dan akan bermula di petak ke-18 esok bagi kategori Moto2.

Yakin dengan kemampuannya di litar basah, pelumba 'wild card' Moto2 itu turut mengidamkan podium jika dapat berlumba di litar basah pada Ahad.

Sesi kelayakan pada Sabtu menyaksikan pelumba Sepanyol, Esteve Rabat yang mewakili pasukan Tuenti HP 40 mencatat masa terpantas iaitu 2:07.063s untuk memulakan perlumbaan di petak pertama pada Ahad.

Turut bermula di barisan hadapan ialah penunggang Switzerland, Thomas Luthi daripada pasukan Interwetten Paddock Moto2 Racing dan rakan sepasukan serta senegara Rabat, Pol Espargaro selepas menamatkan sesi kelayakan di tempat kedua dan ketiga masing-masing dengan catatan masa 2:07.081s dan 2:07.161s.

Sementara itu seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili pasukan Idemitsu Honda Team Asia akan memulakan saingan di petak ke-27 selepas membuat catatan 2:10.276s, manakala Zaqhwan Zaidi yang turun sebagai pelumba gantian pasukan Technomag carXpert di petak ke-32 dengan catatan 2:10.995s. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan