Zulfahmi Ceria Boleh Berlumba

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelumba Malaysia yang bakal beraksi pada  Moto2 (dari kiri) Mohd Zaqhwan Zaidi, Hafizh Syahrin , Azlan Shah Kamarulzaman. Pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq dan Husni Aizat di Litar Sepang pada Khamis. - Foto S.S.KANESAN/The Star.
Pelumba Malaysia yang bakal beraksi pada Moto2 (dari kiri) Mohd Zaqhwan Zaidi, Hafizh Syahrin , Azlan Shah Kamarulzaman. Pelumba Moto3 Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq dan Husni Aizat di Litar Sepang pada Khamis. - Foto S.S.KANESAN/The Star.

SEPANG: Pelumba moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin kelihatan ceria selepas disahkan boleh beraksi pada Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula 11-13 Oktober ini.

Pengesahan tersebut dibuat pada pagi Khamis oleh pegawai perubatan, Datuk Dr Mohd Zin dan juga dua orang wakil perubatan dari Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

"Doktor telah sahkan bahawa saya boleh berlumba dan keadaan saya kini semakin baik. Apa yang penting saya tidak mahu terlalu memikirkan kecederaan ini dan hanya mahu fokus kepada perlumbaan.

"Pun begitu keadaan sebenar akan diketahui pada sesi latihan pertama pagi Jumaat dan saya harap semuanya berjalan dengan lancar," jelasnya selepas sidang media pelumba-pelumba MotoGP pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali turut lega dengan perkembangan Zulfahmi ini dan berharap pelumba itu mampu memberi yang terbaik.

"Saya gembira dengan keadaan positif Zulfahmi itu, namun secara peribadinya saya mahu melihat situasi sebenar ketika aksi latihan pertama pada Jumaat.

"Selepas itu, terpulang kepada dia untuk menilai sendiri keadaan yang cedera itu," katanya.

Pelumba Red Bull KTM Ajo yang berusia 21 tahun itu baharu menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya di Hospital Universitario Quirón Dexeus, Barcelona, Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan perlumbaan Grand Prix Aragon minggu lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan