MotoGP Malaysia: Zulfahmi Bergantung Dengan Ubat Penahan Sakit

Diterbitkan: Jumaat, 11 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Muhammad Zulfahmi Khairuddin mencatat kedudukan ke-20 pada sesi latihan bebas pertama dan kedua Grand Prix Shell Advance Malaysia (motoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Jumaat.

Zulfahmi yang mengalami kecederaan di pergelangan tangan pada aksi di GP Aragon minggu lalu masih mampu memberi persembahan terbaiknya dalam kedua-dua sesi latihan ini.

"Saya tak dapat buat banyak lap. Hanya tujuh lap penuh pada sesi latihan pertama, manakala latihan kedua, dua lap sahaja.

"Pada sesi latihan kedua, saya cuba mencatat masa yang lebih baik, namun keadaan cuaca tidak mengizinkan.

"Sebenarnya keadaan tangan saya tidak sakit seperti yang dijangkakan tetapi yang menjadi masalah sekarang ialah kesakitan di bahagian bawah pinggang," jelasnya kepada media, Jumaat.

Zulfahmi berkata, bengkak tersebut disebabkan kemalangan di Aragon sebelum ini dan sebenarnya telah menjalani pembedahan membuang darah beku di sana.

"Selepas pembedahah itu bengkaknya sudah kurang walaupun masih ada. Hari ini baharu saya berasa sakit, lebih-lebih lagi ketika cuba tunduk aksi di selekoh.

"Sebelum latihan ini pasukan perubatan telah memberi ubat penahan sakit, namun ia tidak berkesan.

"Mereka juga cuba ada buat suntikan pagi tadi, tetapi tidak ada darah yang keluar.

"Pasukan perubatan sedang berusah mencari jalan agar saya tidak berasa sakit pada perlumbaan kelayakan nanti (Sabtu).

"Boleh dikatakan, buat masa sekarang saya hanya bergantung kepada ubat penahan sakit sahaja," jelasnya.

Pelumba Red Bull KTM Ajo yang berusia 21 ini mencatat 2'16.852 pada latihan pertama dan 2'18.610 sesi kedua.

Sementara itu, dua lagi pelumba Malaysia yang beraksi dalam kategori ini, Amirul Hafiq Azmi dan Husni Aizat Malik masih mencari keserasian dengan jentera mereka pada penampilan sulung ini.

"Perasaan tidak selesa kerana trek sejuk pada latihan pertama. 'Setting' juga masih lagi tak sempurna kerana bila brek, motosikal tidak stabil.

"Sesi kedua pula saya cuba perbaiki masa selepas menukar kotak gear, suspensi, tetapi malang sekali keadaan cuaca pula menghalang untuk membuat lebih baik.

"Saya cuba guna tayar pecut tapi hanya sesuai untuk satu lap sahaja kerana trek dah basah.

"Aksi kelayakan nanti, saya cuba perbaiki kelajuan di bahagian selekoh," jelas Amirul.

Manakala Husni pula menjelaskan dia belum berpuas hati dengan prestasinya kerana litar basah dan tidak mendapat enjin yang baik.

"Kelajuan di selekoh 5, 6 dan 12 agak kurang. Namun saya mengharap lebih baik pada sesi latihan ketiga sebelum ke aksi kelayakan pada Sabtu," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan