motoGP: Penampilan Positif Jaguh Asia Di Litar Sepang

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPILAN edisi ke-23 Grand Prix (motoGP) Malaysia Shell Advance tahun ini pastinya mencuri tumpuan penyokong tempatan dengan kehadiran pelumba-pelumba Malaysia, acara tahunan ini juga turut mendapat perhatian peminat dan media negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Secara keseluruhan terdapat lapan pelumba Asia Tenggara membarisi grid Moto2 dengan tiga pelumba Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman yang beraksi bersama Honda Team Asia, pelumba wildcard Hafizh Syahrin Abdullah dan pelumba gantian, Mohd Zaqhwan Zaidi.

Tiga pelumba Indonesia turut berada di grid iaitu dua pelumba musim penuh Doni Tata Pradita dan Rafid Topan Sucipto serta turut disertai oleh M. Fadli yang menggantikan Mike DeMeglio yang tercedera.

Sementara itu Thitipong Warokorn yang menggantikan Ratthpark Wilairot pada pertengahan musim dan pelumba wildcard, Decha Kraisart pula membawa cabaran Thailand.

Kesemua pelumba yang mencipta nama di Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) ini dijangka bakal menghangatkan penonton-penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan.

Selain itu, Azlan, Hafizh dan Zaqhwan turut disertai oleh tiga pelumba Moto3, Zulfahmi Khairuddin, Amirul Hafiq dan Husni Aizat, ketiga-tiganya merupakan pelumba yang digilap bakat mereka di Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS.

Zulfahmi beraksi dalam kategori CP115, Amirul Hafiq dalam Wira dan Husni Aizat pula dalam perlumbaan one-make.

Kerjasama kesemua pihak terbabit di dalam industri ini sepanjang 20 tahun lepas menyaksikan kedua-dua kejuaraan tersebut kini berupaya dalam membangun dan melahirkan pelumba-pelumba berkualiti yang kini mula mencipta nama di persada antarabangsa.

Namun ini hanyalah satu langkah permulaan. Usaha pihak-pihak terbabit akan berterusan bukan sahaja untuk melahirkan pelumba kelas dunia, malah untuk melahirkan juara-juara dunia.

Untuk merealisasikan impian ini, usaha di dalam melahirkan pelumba-pelumba berbakat perlu berterusan. Bakat-bakat ini hanya dapat dilahirkan melalui kejuaraan tempatan dan kejuaraan di peringkat Asia.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan