Marquez Dikenakan Mata Penalti Berikutan Kemalangan di Aragon

Diterbitkan: Khamis, 10 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelumba Sepanyol Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda (kiri) bersama rakan sepasukannya Dani Pedrosa pada sidang media MotoGP di Litar Sepang pada Khamis. - Foto S.S.KANESAN/The Star).
Pelumba Sepanyol Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda (kiri) bersama rakan sepasukannya Dani Pedrosa pada sidang media MotoGP di Litar Sepang pada Khamis. - Foto S.S.KANESAN/The Star).

SEPANG: Pendahulu Kejohanan Dunia Kelas MotoGP, Marc Marquez mendapat mata penalti berikutan perlanggarannya di Aragon Grand Prix dengan rakan sepasukan Dani Pedrosa.

Ini merupakan penalti ketiga yang diterima Marquez pada musim MotoGP 2013.

Sebelum ini, dia menerima dua penalti kerana tidak menghiraukan bendera kuning pada sesi memanas badan British Grand Prix di Silverstone.

Keputusan itu diambil pada pendengaran Race Direction di Litar Sepang di sini hari ini yang dihadiri Marquez, Pedrosa dan anggota Repsol Honda Team.

Menurut portal www.motogp.com, akibat kemalangan itu, Honda kehilangan mata bagi Kejohanan Pengeluar yang diraih hasil kemenangan Marquez.

Setelah hilang 25 mata di Aragon, kini Honda mengatasi Yamaha dengan hanya satu mata bagi kejohanan pengeluar.

"Kemalangan itu berlaku kerana masalah motosikal yang patah kabel, manakala sistem sokongannya pula mengambil masa yang agak lama untuk berfungsi. Oleh itu, kami dikenakan penalti 25 mata bagi kejohanan pengeluar," kata pengurus Repsol Honda Team Principal Livio Suppo.

"Sekarang, kami perlu memikirkannya dan melihat sama ada kami perlu membuat rayuan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan