Razlan Akui Silap, Zulfahmi Perlu Berada Di Barcelona

Diterbitkan: Rabu, 9 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Razlan menyambut kepulangan Zulfahmi Rabu lalu.
Razlan menyambut kepulangan Zulfahmi Rabu lalu.

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengakui membawa balik pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin adalah satu kesilapan.

Pelumba Red Bull KTM Ajo yang berusia 21 tahun itu baharu menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya di Hospital Universitario Quirón Dexeus, Barcelona, Sepanyol selepas terbabit dalam kemalangan perlumbaan Grand Prix Aragon minggu lepas.

Jelas Razlan, sepatutnya Fahmi terus berada di Barcelona dan menerima rawatan di sana bagi mempercepatkan pemulihan kecederaan yang dialaminya itu.

"Kita sepatutnya biarkan dia berada di sana dan kembali ke sini apabila hampir dengan perlumbaan. Mungkin ini kesilapan kita kerana kalau dia tidak balik awal ke sini, Fahmi boleh menerima rawatan yang lebih baik.

"Di sana memang ada pakar perubatan dalam motoGP. Kebanyakan pelumba dunia lain menerima rawatan di sana.

"Kita sedia maklum sebelum ini, Jorge Lorenzo (Yamaha) patah tulang tulang rusuk ketika sesi latihan kedua di Grand Prix Belanda dan dia dapat meneruskan aksi dia pada waktu perlumbaan sebenar," jelasnya selepas majlis pengenalan trofi Grand Prix Malaysia kepada media di Royal Selangor pada Selasa.

Fahmi kembali ke Kuala Lumpur pada Rabu lalu dan seterusnya menerima rawatan susulan di Institusi Sukan Negara (ISN).

Razlan berkata, ISN adalah sebuah institusi yang bagus untuk acara sukan lain, tetapi masih belum cukup bagi sukan pemotoran.

"ISN adalah sebuah institusi yang bagus untuk sukan seperti badminton, bola sepak, hoki dan sebagainya.

"ISN masih belum ada kepakaran dalam bidang pemotoran ini, tetapi saya yakin pihaknya sedang mengusahakan sesuatu bagi menghadapi keadaan seperti ini.

"Namun ini juga memberi sesuatu yang positif kerana sekiranya ada lagi berlaku situasi seperti ini lagi selepas ini, ISN ada pengalaman berdepan dengan kecederaan pelumba.

"Bermula Khamis ini sehingga Ahad, pasukan ISN akan berada di SIC bagi memantau pelumba ini, dan dalam sama mereka boleh mengetahui dengan lebih dekat lagi keadaan sebenar mengenai keadaan sebenar pelumba," katanya.

Dalam pada itu, Razlan juga turut menerima positif pandangan Ketua Pegawai Eksekutif ISN Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz yang menasihatkan Zulfahmi berehat untuk beberapa minggu lagi.

"Kami menerima pandangan positif pandangan beliau sebagai pakar profesional dan sejak Isnin, Zulfahmi telah menjalani latihan fisioterapi secara agresif dua kali sehari.

"Semua doktor akan memberi pandangan profesional mereka untuk kepentingan pelumba," jelas Razlan.

Pada Isnin, Dr Ramlan berkata, kebiasaannya kecederaan patah tulang memerlukan tempoh masa antara sembilan hingga 12 minggu untuk pulih.

Zulfahmi telah dimaklumkan situasi itu, namun dia mahu meneruskan perlumbaan pada hujung minggu ini.

"Kita akan lihat keadaan Zulfahmi pada sesi latihan Jumaat ini dan terpulang kepada dia. Bagi SIC, saya tidak mensasarkan apa-apa.

"Sekiranya dia ingin meneruskan niatnya, sudah cukup bagi kami jika dia dapat menamatkan perlumbaan," kata Razlan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan