Piala Malaysia: Sarawak Yakin Kelebihan Melangkah Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 4 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Demam bola sepak yang kini melanda Sarawak dan kelebihan melayan Sime Darby FC di laman sendiri pada suku akhir kedua Piala Malaysia esok sudah pasti menyemarakkan semangat anak buah Robert Alberts.

Alberts, selaku ketua jurulatih skuad Sarawak, sudah melaungkan amaran bahawa pasukan itu mempunyai kelebihan di Stadium Negeri di Petra Jaya di sini untuk melangkah ke separuh akhir.

"Kami mempunyai peluang baik untuk mencapai sasaran...lebih-lebih lagi dengan bantuan semangat demam bola sepak yang melanda di seluruh negeri.

"Kejayaan bakal dicapai ini bukan sahaja untuk pasukan malah untuk rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Minggu lepas, Sarawak, selaku juara Liga Perdana musim ini dan naib juara Sime Darby FC mencapai keputusan seri tanpa jaringan pada pertemuan suku akhir pertama di Stadium Selayang, Selangor.

Untuk rekod, pada saingan Liga Perdana musim ini, Sarawak menundukkan Sime Darby FC 1-0 di sini dan seri tanpa jaringan di gelanggang lawan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan