Vettel Catat Kemenangan Ketiga Berturut-Turut Di GP S'pura

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebastian Vettel
Sebastian Vettel

SEBASTIAN VETTEL sekali lagi berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila melengkapkan kemenangannya yang ketiga berturut-turut dalam perlumbaan F1 musim ini dengan memenangi GP Singapura pada malam Ahad.

Kemenangannya di Singapura hanya menambah kukuhkan kedudukannya untuk menjuarai gelaran keempat berturut-turut.

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso berjaya meraih tempat kedua untuk terus memberikan saingan sengit ke atas Vettel. Dia kini hanya 60 mata di belakang Vettel

Pemandu Lotus, Kimi Raikkonen yang pada Sabtu mendedahkan yang dia membuat keputusan untuk menyertai Ferrari tahun depan kerana Lotus gagal membayar gajinya sehingga sekarang masih mampu meletakkan kesemua masalah itu dibelakang untuk berjuang dari tempat ke-13 sehingga berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Bagi Vettel pula, ini bukan sahaja kemenangannya yang ketiga berturut-turut pada musim ini tetapi juga yang ketiga berturut-turut di GP Singapura.

Bagaimanapun Vettel telah dicemuh oleh para penonton ketika berada di atas podium sehingga memaksa pengacara majlis Martin Brundle merayu kepada penonton agar berhenti berbuat demikian.

"Tolong berhenti berbuat demikian...perbuatan ini tidak betul," ujarnya.

Vettel kemudiannya cuba berseloroh dengan berkata; "Mereka semua naik bas melancong kesemua GP."

Pemandu Jerman itu jelas sekali merujuk kepada GP Belgium dan Itali yang menyaksikan dia turut dicemuh dipercayai oleh kumpulan yang sama.

Bekas juara dunia, Lewis Hamilton, hanya sekadar mampu menduduki tempat ke lima di belakang rakannya, Nico Rosberg. Hamilton kini 96 mata ketinggalan di belakang Vettel.

Juara F1 tiga kali, Alonso memperlihatkan keazaman yang tinggi untuk terus bersaing. Dari petak ketujuh sebelum perlumbaan, Alonso memintas pemandu Lotus, Romain Grosjean, pemandu Red Bull, Mark Webber dan kemudian Hamilton untuk terus memberi saingan kepada Vettel.

Dalam pada itu bekas bintang bolasepak Manchester United dan Real Madrid, David Beckham turut berada di Singapura untuk menyaksikan perlumbaan ini.

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH GP SINGAPURA;

1. Sebastian Vettel (Red Bull) 2. Fernando Alonso (Ferrari) 3. Kimi Raikkonen (Lotus) 4. Nico Rosberg (Mercedes) 5. Lewis Hamilton (Mercedes) 6. Felipe Massa (Ferrari) 7. Jenson Button (McLaren) 8. Sergio Perez (McLaren) 9. Nico Hulkenberg (Sauber) 10. Adrian Sutil (Force India)

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan