Sah! Kimi Raikkonen Rakan Lumba Fernando Alonso Di Ferrari Musim Depan

Diterbitkan: Rabu, 11 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kimi Raikkonen. Foto AFP
Kimi Raikkonen. Foto AFP

BEKAS JUARA Formula 1, Kimi Raikkonen yang kini memandu untuk Lotus akan menjadi rakan lumba Fernando Alonso di Ferrari musim depan.

Persetujuan untuk membawa kembali Raikkonen dicapai Isnin lalu.

Ini adalah penyertaan kali kedua pelumba dari Finland itu di Ferrari selepas membawa pulang kejuaraan dunia kepada mereka pada tahun 2007 tetapi kemudiannya diganti oleh Alonso pada penghujung 2009.

Kini Raikkonen menandatangani kontrak setahun dengan Ferrari dengan opsyen untuk kekal selama semusim lagi.

Menurut laporan portal berita BBC, Ferrari dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai kepulangan Raikkonen dalam beberapa hari lagi.

Raikkonen, 33, akan mengantikan pelumba Brazil Felipe Massa, yang telah pun mengumumkan dalam laman Twitter nya yang dia akan meninggalkan pasukan itu selepas tamat musim ini yang tinggal berbaki tujuh perlumbaan lagi.

Massa yang berlumba untuk Ferrari sejak 2006, berkata: "Mulai 2014 saya bukan lagi pelumba Ferrari. Saya ingin mengucapkan penghargaan saya kepada seluruh anggota pasukan di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya sebelum ini."

Menurut Massa, untuk tahun depan, dia mahu mencari sebuah pasukan yang dapat memberikan kereta yang kompetatif yang mampu bersaing dan memenangi perlumbaan.

Massa hampir memenangi kejuaraan dunia pada tahun 2008, selepas dia memenangi Grand Prix Brazil tetapi kejayaan Lewis Hamilton menduduki tempat kelima telah menghancurkan peluang tersebut.

Kini dia dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Lotus, yang turut menimbang untuk menawarkan tempat kepada pemandu Sauber, Nico Hulkenberg.

Keputusan untuk menggabungkan Alonso dan Raikkonen merupakan satu keputusan yang dramatik dan di luar kebiasaan falsafah Ferrari, yang sebelum ini beroperasi dengan kedudukan pelumba nombor satu dan dua yang jelas sepertimana yang mereka lakukan ketika era Michael Schumacher dari 1996-2006 dan selepas itu dengan Alonso untuk empat tahun yang terakhir ini.

Ferrari kini memutuskan bahawa memiliki dua pemandu berprestasi tinggi merupakan satu langkah yang lebih berkesan untuk mencapai kejayaan.

Adalah difahamkan yang Alonso telah pun dibawa berunding mengenai keputusan ini dan menerimanya dengan baik dan terbuka.

Untuk rekod, perlu disebut yang hubungan Alonso dengan rakan sepasukannya ketika di McLaren, iaitu Lewis Hamilton pada tahun 2007, sentiasa bergolak yang membawa kepada keputusannya untuk menamatkan kontrak walaupun masih ada tiga tahun lagi untuk dihabiskan.

PROFIL KIMI RAIKKONEN:

Umur: 33 tahun.

Perlumbaan: 189 kali.

Menang: 20 kali.

Podium: 75 kali.

Petak Pertama: 16 kali.

Pencapaian Terbaik: Juara Dunia(2007)

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan