MotoGP: Azlan Sertai Moto2 Tanpa Wildcard

Diterbitkan: Isnin, 2 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azlan Shah beraksi bersama pasukan Honda Team Asia.
Azlan Shah beraksi bersama pasukan Honda Team Asia.

KHABAR gembira buat peminat sukan permotoran negara apabila kini giliran seorang lagi pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman akan beraksi di pentas Kejuaraan Grand Prix Dunia (MotoGP) bermula pusingan ke-13 di San Marino pada 11 hingga 13 September ini.

Penyertaan Azlan bukan menggunakan tiket wildcard ataupun membayar kepada mana-mana pasukan untuk mendapatkan tempat, sebaliknya pelumba berusia 29 tahun itu akan memulakan saingan di San Marino dan perlumbaan-perlumbaan seterusnya dengan menyertai pasukan yang disokong sepenuhnya oleh Honda, Honda Team Asia.

Selepas mempamerkan aksi cemerlang sepanjang 2012 dan 2013 di dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS dan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC), Azlan menjadi pelumba keempat yang mengembangkan bakat di ARRC berada di grid Moto2 bersama-sama pelumba Thailand, Thitipong Warokorn dan juga pelumba Indonesia, Doni Tata Pradita dan Rafid Topan Sucipto.

Menurut pengarah pasukan MUSASHi Boon Siew Honda, Datuk Sri Tan Hui Jing, Azlan menjadi pelumba Malaysia pertama yang dipilih menyertai pasukan GP berdasarkan merit kemampuannya.

“Kami ingin menegaskan di mana kami tidak membayar kepada pasukan Honda Team Asia bagi mendapatkan tempat untuk Azlan sebaliknya dia ditawarkan peluang melalui merit berdasarkan kemampuan yang telah ditunjukkannya selama ini.

“Bagi pihak Boon Siew Honda, kami telah membuat banyak pelaburan terhadap perkembangan Azlan sehingga mencapai ke tahap ini dan kami akan terus berusaha untuk melahirkan lebih ramai pelumba yang berkaliber seperti Azlan melalui laluan kejuaraan Cub Prix – ARRC.

"Kami turut berterima kasih kepada pihak Honda Motor Corporation Japan kerana memberikan kepercayaan kepada Azlan yang jelas telah mencurahkan masa dan dedikasi yang tinggi untuk sampai ke peringkat ini."

Azlan mempamerkan prestasi konsisten dan telah meraih banyak keputusan memberangsangkan sepanjang beberapa tahun kebelakangan.

Pelumba Malaysia itu muncul juara Cub Prix Malaysia pada tahun 2012, menamatkan saingan Kejuaraan Endurance Dunia Suzuka 8-Hour awal Julai lepas di tempat keenam, dan kini sedang mendahului kedudukan keseluruhan saingan SuperSports 600cc ARRC dengan lapan podium berturut-turut.

“Apa yang boleh saya katakan, ini adalah permulaan kepada impian saya selama ini. Saya telah bekerja keras untuk mendapatkan peluang sebegini dan saya tidak melakukannya bersendirian.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sepanjang perjalanan saya sebagai seorang pelumba terutama sokongan keluarga saya, media Malaysia, peminat dan juga sudah tentu Boon SiewHonda yang telah membuat banyak pelaburan di dalam pembangunan karier saya.

"Begitu juga dengan Honda Motor Japan yang turut mengiktiraf kemampuan yang saya miliki,” jelas Azlan penuh gembira.

“Saya tidak sabar untuk menghadapi cabaran baharu ini dan saya akan bekerja keras untuk membuktikan yang saya sememangnya layak memikul tanggungjawab ini,” katanya.

Azlan akan terbang ke San Marino sebaik berakhirnya Pusingan 5 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS di Autopolis, Jepun, 8 September ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan