Petronas Syntium Pertaruh Gandingan Baharu Takluk Merdeka Endurance

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menjelang saingan perlumbaan Malaysia Merdeka Endurance Race (MMER), pasukan Petronas Syntium menghadapi tugas getir memburu dua kejuaraan serentak dalam dua perlumbaan antarabangsa yang disertai pada hujung minggu ini.

Selain berusaha mempertahan kejuaraan MMER di Litar Antarabangsa Sepang, pada waktu sama pasukan berkenaan turut menyertai pusingan kelima Siri Super Taikyu di Okayama, Jepun dalam usaha mereka mempertahan gelaran juara keseluruhan buat kali keenam berturut-turut.

Bergerak dalam satu pasukan, dua negara, dua perlumbaan, empat kereta dan 10 pelumba, bukan satu tugas mudah buat pasukan Petronas Syntium, namun mereka telah membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi tugas berat itu.

Dua jentera Mercedes-Benz SLS AMG GT3 bernombor #1 dan #28 akan beraksi di dua litar berbeza yang mana dalam saingan Super Taikyu di Okayama, barisan pelumba akan memburu mata maksimum dalam perlumbaan tiga jam.

Di Sepang, dua jentera dengan nombor sama akan meneruskan aksi menarik yang ditunjukkan pada musim lepas.

Jika sepanjang beberapa musim lepas, gandingan pelumba handalan Taniguguchi, Dominic Ang dan Masataka Yanagida membawa kejayaan buat pasukan itu, pada tahun ini Dominic Ang sekali lagi akan membawa cabaran namun akan bergandingan dengan duta jenama Mercedes-Benz AMG, Bernd Schneider dan Jono Lester.

Sementara SLS AMG GT3 #28 akan dipacu Koordinator Sukan Mercedes-Benz AMG, Thomas Jäger bersama-sama dua pelumba muda Jerman, Lucas Wolf dan Luca Ludwig.

Prinsipal pasukan, Datuk David Wong dalam kenyataan hari ini berkata:

"Melihat kepada perubahan peraturan MMER dan juga pertembungan tarikh perlumbaan Super Taikyu di Okayama, Taniguchi dan Yanagida tidak dapat beraksi di Sepang.

"Harapan kami terletak di bahu pelumba muda, Ang dan Lester dan juga dengan bantuan pelumba cukup berpengalaman, Schneider."- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan