ARRC: Ramdan Tidak Mahu Terburu-Buru

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PELUMBA rookie SuperSports 600cc, Mohd Ramdan Mohd Rosli tidak mahu terburu-buru untuk mengejar mata maksimum terutama ketika menghadapi saingan Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

“Tahun ini merupakan musim kedua saya di dalam kelas SuperSports 600cc, jadi masih terlalu awal untuk saya memaksa diri saya untuk menempatkan diri di kedudukan terbaik pada setiap perlumbaan.

“Jentera 600cc tidak seperti jentera underbone. Saya memerlukan masa lebih lama untuk menguasainya.

"Setakat ini, saya lebih memberi tumpuan mengikut perancangan pasukan untuk saya terus memperbaiki catatan masa dari satu ke satu pusingan lain.

"Mereka memberi penanda aras pada setiap perlumbaan dari situ saya akan berusaha untuk memberikan aksi yang lebih baik,” jelas pelumba kelahiran Klang itu.

Ramdan turut menjelaskan di mana pasukan mereka, PETRONAS AHM Malaysia juga masih baru di dalam saingan ini, tidak sepertimana pasukan-pasukan lain terutama kem berstatus 'factory'.

“Kami masih berhempas pulas untuk memberikan saingan lebih kompetitif terutama memandangkan kami tidak mempunyai banyak data berkaitan setiap litar perlumbaan.

“Tetapi itu bukan satu alasan kerana jurutera-jurutera pasukan sentiasa optimis dan tidak pernah berputus asa.

"Mereka bekerja keras memberikan yang terbaik dan berusaha mengumpul segala data termasuk melakukan pelbagai percubaan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.”

Bercakap tentang sasaran di litar Suzuka minggu ini, Ramdan berkata: “Suzuka merupakan litar bertaraf dunia, jadi sudah tentu saya tidak sabar untuk beraksi di sini.

"Walaupun sedar saingan nanti memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi, saya berharap dapat menggunakan litar baru ini untuk menempatkan diri di kelompok 10 pelumba terbaik dan mengutip mata kejuaraan berharga".

Ramdan yang hanya berjaya mengutip 0.5 mata setakat ini ketika perlumbaan di India, Julai lepas setakat ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan